SANDAKAN: Polis menegaskan tiada sebarang tangkapan berkaitan kumpulan Abu Sayyaf di daerah ini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, gambar yang tular di media sosial itu adalah tugas pemeriksaan dan operasi rutin yang dijalankan oleh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi keselamatan yang lain.
"Polis mengesahkan tidak ada sebarang tangkapan berkaitan kumpulan Abu Sayyaf di daerah ini sebagaimana ditularkan di Facebook dan media sosial lain baru-baru ini.
"Gambar yang tular memaparkan pihak keselamatan sedang menjalankan pemeriksaan. Ia adalah tugas pemeriksaan dan operasi rutin pasukan keselamatan," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu, Abdul Fuad meminta orang ramai agar sentiasa menghubungi polis sekirannya terdapat sebarang kemusykilan bagi mendapatkan pengesahan.
Katanya, tindakan menularkan isu-isu yang boleh mendatangkan kegusaran pada masyarakat awam adalah satu kesalahan.
"Individu yang melakukan perbuatan sedemikian boleh dikenakan tindakan mengikut Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1988," jelasnya.
Ridzal Abdullah
Sun Feb 06 2022
Gambar yang tular memaparkan pihak keselamatan sedang menjalankan pemeriksaan. - Gambar/ Media sosial
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Tiada tangkapan anggota Abu Sayyaf - Polis Sandakan
Polis menegaskan tiada sebarang tangkapan berkaitan kumpulan Abu Sayyaf di daerah ini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.