awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada unsur cubaan culik berlaku di Telok Panglima Garang - Polis

Bernama
Bernama
30/09/2022
14:58 MYT
Tiada unsur cubaan culik berlaku di Telok Panglima Garang - Polis
Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang cubaan culik berlaku di sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang, Kuala Langat sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial. - Gambar fail/PDRM
SHAH ALAM: Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang cubaan culik berlaku di sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang, Kuala Langat sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial, kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh.
Beliau berkata hari ini, pihaknya mengesan satu video berdurasi seminit 45 saat yang dimuat naik dalam media sosial mendakwa seorang lelaki menghampiri sebuah kereta milik seorang wanita tempatan semasa di stesen minyak itu dan telah berlaku cubaan culik.
Ahmad Ridhwan berkata pada Rabu lepas, Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuala Langat mengesahkan telah menerima satu laporan polis daripada seorang wanita berumur 34 tahun mengatakan seorang lelaki berkelakuan mencurigakan turun dari sebuah kereta dan menuju ke pintu belakang kereta pengadu yang ketika itu terdapat tiga orang anak pengadu berada di bahagian belakang kenderaan berkenaan.
"Namun daripada siasatan awal ke atas laporan polis tersebut mendapati tiada sebarang cubaan culik berlaku sebagaimana yang ditularkan di media sosial," katanya dalam kenyataan.
Ahmad Ridhwan berkata polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut tentang laporan polis itu bagi mengesahkan kejadian sebenar yang berlaku dan meminta orang ramai tidak membuat kenyataan atau menyebarkan berita yang tidak sahih sebelum merujuk ke pihak berkuasa.
Jelasnya, insiden tular 'cubaan culik' turut terjadi di daerah lain di Selangor dan orang ramai cepat mengaitkan sesuatu insiden terutama membabitkan kanak-kanak dan pelajar dengan 'cubaan culik' sedangkan kesahihan sebenar tidak dapat dipastikan dan kes masih dalam siasatan polis.
Beliau menegaskan sebarang kenyataan atau penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cubaan culik
#stesen minyak
#Telok Panglima Garang
#Kuala Langat
#Tular
#media sosial
#Polis Daerah Kuala Langat
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan