awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada unsur dera, abai bayi tersedak susu di rumah pengasuh - Polis

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
25/07/2023
06:13 MYT
Tiada unsur dera, abai bayi tersedak susu di rumah pengasuh - Polis
Dilaporkan bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia selepas dipercayai tersedak susu ketika berada di rumah pengasuhnya di Ayer Molek pagi semalam. - Gambar hiasan
MELAKA TENGAH: Kematian bayi perempuan berusia 11 bulan yang dipercayai tersedak susu di rumah pengasuhnya di Ayer Molek, di sini pagi semalam disahkan tiada unsur penderaan mahupun pengabaian. 
 Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal polis setakat ini tidak menemukan dua unsur berkenaan selain pengasuh wanita berusia 34 tahun itu juga tidak ditahan setakat ini. 
 “Proses bedah siasat terhadap bayi ini telah dilakukan dan siasatan awal dilakukan mendapati tiada sebarang unsur penderaan mahupun pengabaian dilakukan oleh pengasuh yang didakwa. 

“Pengasuh wanita itu juga tidak ditahan polis, namun siasatan lanjut masih dijalankan sehingga mendapat laporan penuh hasil bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. 
 Semalam Astro AWANI melaporkan, bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia selepas dipercayai tersedak susu ketika berada di rumah pengasuhnya di Ayer Molek. 
 Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali Zaidah, 35, berkata dia pada awalnya menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum dihubungi pengasuh empat jam kemudian memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri. 
 Katanya, anaknya kemudian di bawa ke Hospital Melaka sebelum doktor bertugas memaklumkan anak sulungnya itu sudah meninggal dunia, bagaimanapun pihak hospital masih belum dapat mengesahkan punca kematian.
Topic Berkaitan
#bayi tersedak susu
#pengasuh
#polis Melaka Tengah
#Ayer Molek
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan