KUALA LANGAT : Polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes melibatkan anak kepada pelakon Delimawati Ismail yang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan tepi lombong di Bandar Saujana Putra, Jenjarom pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, siasatan awal dijalankan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan.

"Tiada sebarang unsur jenayah melibatkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Jumaat, seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan tepi lombong di Bandar Saujana Putra, Jenjarom pada Jumaat.

Mangsa Zulfazli Jaafar, 45, yang merupakan anak kepada pelakon Delimawati Ismail sebelum itu ditemukan oleh orang awam dalam sebuah kereta di lokasi kejadian dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Artikel asal di Sinar Harian boleh dibaca di sini