awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada unsur jenayah kes lelaki mati dalam tahanan - Bukit Aman

Bernama
Bernama
28/10/2023
03:40 MYT
Tiada unsur jenayah kes lelaki mati dalam tahanan -  Bukit Aman
Bedah siasat lelaki berusia 49 tahun itu dijalankan di Hospital Sungai Buloh dan ujian pengesanan COVID-19 si mati adalah negatif. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dikesan dalam kes seorang lelaki tempatan yang meninggal dunia semasa dalam tahanan di lokap Balai Polis Sungai Besar, Selangor, semalam.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata bedah siasat lelaki berusia 49 tahun itu dijalankan di Hospital Sungai Buloh kira-kira 4.20 petang Jumaat dan ujian pengesanan COVID-19 si mati adalah negatif.
"Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah yang dikesan dan punca kematian masih menunggu hasil siasatan makmal.
"Lelaki itu ditahan Khamis lepas di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kira-kira 3.30 pagi Jumaat, anggota yang bertugas mendapati lelaki berkenaan dalam keadaan meniarap serta tidak sedarkan diri dan pasukan perubatan segera dihubungi untuk mendapat rawatan lanjut.
"Pada 4.40 pagi, penolong pegawai perubatan telah hadir dan membuat pemeriksaan ke atas lelaki terbabit dan mengesahkan kematian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azri berkata Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tahanan mati
#mati dalam lokap
#hasil siasatan
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan