awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada unsur sabotaj, elemen jenayah dalam insiden letupan kecil di stesen minyak

Bernama
Bernama
16/04/2025
12:30 MYT
Tiada unsur sabotaj, elemen jenayah dalam insiden letupan kecil di stesen minyak
Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari'at dalam kenyataan hari ini mengesahkan insiden itu berlaku sejurus konvoi Presiden China Xi Jinping melintasi kawasan berkenaan kira-kira pukul 7 malam. - Gambar fail/BERNAMA
SEPANG: Polis mengesahkan tiada sebarang unsur sabotaj atau elemen jenayah yang dikesan dalam insiden letupan kecil membabitkan sebuah kereta di stesen minyak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari'at dalam kenyataan hari ini mengesahkan insiden itu berlaku sejurus konvoi Presiden China Xi Jinping melintasi kawasan berkenaan kira-kira pukul 7 malam.
"Hasil pemeriksaan lanjut oleh polis mendapati letupan berlaku di bahagian bateri, dipercayai berpunca daripada kerosakan teknikal.
"Berdasarkan pemeriksaan terperinci dan soal siasat terhadap pemandu kenderaan berkenaan, tiada sebarang unsur sabotaj atau elemen jenayah yang dikesan," katanya.
Beliau berkata insiden berkenaan tidak membabitkan sebarang kecederaan terhadap orang awam atau kerosakan kepada harta benda di stesen minyak itu.
"Satu laporan polis dibuat berhubung insiden itu," katanya
Azman menasihatkan orang ramai agar tidak panik atau mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tersebar melalui media sosial, sebaliknya memastikan maklumat diperoleh daripada saluran rasmi yang sahih.
"Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan sebarang berita palsu berkaitan insiden ini, kerana tindakan sedemikian boleh menimbulkan kegusaran, kerisauan serta menggugat ketenteraman awam.
"PDRM sentiasa memantau dan memastikan keselamatan awam dan memberi perhatian khususterutamanya semasa lawatan negara Presiden China ke Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden letupan kecil
#stesen minyak
#tiada unsur sabotaj
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan