Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini sebenarnya satu signifikasi tidak langsung penolakan rakyat terhadap media arus perdana yang ketika itu jelas dikawal oleh Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, katanya, selepas PH menawan Putrajaya, tiada tindakan dikenakan kepada mana-mana media yang sebelum ini bersifat berat sebelah, sebaliknya PH komited dalam melaksanakan kebebasan media.
"Selepas 9 Mei, saya pernah beberapa kali bertanyakan jika ada mana-mana agensi media yang diberi apa-apa 'wahyu' dari mana-mana kementerian. Dan setakat ini, jawapannya tiada.
"Jika ada agensi media yang melakukan pertukaran atau penstrukturan di peringkat tertinggi, itu pilihan mereka sendiri. Ia bukan atas arahan dari kerajaan," kata Penasihat Khas Media Dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin.
Beliau yang juga Tokoh Wartawan Kebangsaan, memaklumkan kerajaan sangat komited dalam menyokong usaha penubuhan Majlis Media Malaysia, namun tanggungjawab itu perlu dipikul oleh badan dan organisasi media.
"Organisasi media yang perlu berbincang dan memikirkan apa dan bagaimana majlis media itu nanti. Kerajaan tak boleh tentukan perkara itu," ujarnya.
Kadir bercakap pada Forum Media Kebangsaan di UNITEN Kajang, pada Khamis.
Forum sehari itu bertemakan Merealisasikan Kebebasan Media Era Pakatan Harapan, disertai ramai tokoh dalam bidang kewartawan dan media, antaranya Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Sinar Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran, dan Penolong Ketua Pengarang Utusan, Datuk Mohd Zaini Hassan.
Madiha Abdullah
Thu Oct 04 2018

KADIR: Selepas 9 Mei, saya pernah beberapa kali bertanyakan jika ada mana-mana agensi media yang diberi apa-apa 'wahyu' dari mana-mana kementerian. - Gambar fail
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali [LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699841768_AlShifahospital.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali
Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk.

PRK Kemaman: Saya bukti hidup DAP bukan parti rasis, anti-Islam - Rara
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, beliau adalah bukti hidup DAP bukanlah sebuah parti rasis dan anti-Islam, seperti didakwa pembangkang.

Nas-T terpilih terajui Keluang Man
Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.

Perodua sasar 20 peratus jualan EV menjelang 2030
Perodua menyasar kenderaan elektrik (EV) dan hibrid jenamanya menyumbang sehingga 20 peratus daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030.

Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia
Monaco bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam lebih banyak bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara pada masa akan datang.

GPS, Abang Johari main peranan penting pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan - Anwar
Anwar berkata sokongan itu membolehkan beliau mengemudi Malaysia ke arah memperkasa ekonomi dan melakar kemajuan masa depan negara.

Tiada persefahaman, curang antara punca utama penceraian di Malaysia - LPPKN
Tiada persefahaman, pasangan curang dan campur tangan mentua antara punca utama berlaku penceraian dalam kalangan pasangan berusia antara 35 hingga 39 tahun di negara ini.

Teknologi AI bantu atasi kekurangan pakar keselamatan siber - Fahmi
Teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh diguna pakai untuk membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pakar dalam bidang keselamatan siber buat masa ini.

Gajah liar serang kebun di empat kampung Pos Belatim
Beberapa pekebun membabitkan empat perkampungan Orang Asli di Pos Belatim mendakwa berdepan beberapa siri serangan gajah liar yang menceroboh dan memakan hasil tanaman mereka.
![[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus [KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701204479_RuntuhanGudang.jpg)
[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus
Sembilan pekerja lain kesemuanya warga Bangladesh terselamat kerana keluar menunaikan solat semasa kejadian berlaku.

Orang Kemaman untung, beli satu percuma satu - Presiden MCA
Strategi itu disifatkannya bijak kerana undi kepada BN tidak akan menggugat kedudukan MB, serta tidak menumbangkan kerajaan negeri.

PRK Kemaman: Jangan pilih Ahli Parlimen 'separuh masa' - Bekas ADUN
Wan Abdul Hakim berkata adalah sesuatu yang merugikan pengundi di Parlimen itu sekiranya pemimpin yang diangkat nanti tidak dapat berkhidmat sepenuh masa kerana mempunyai komitmen lain.

PRK Kemaman: 43 tahun dalam tentera, mudahkan calon BN dekati, fahami keperluan anak muda
Bekas Panglima Angkatan Tentera itu berkata masa yang panjang itu membuatkan beliau amat cakna terhadap keperluan golongan belia.

PRK Kemaman: Raja Mohamed Affandi lega penerimaan baik pengundi
Katanya, sebaik selesai penamaan calon, beliau telah mendekati pelbagai kelompok pengundi dan kesemua mereka memberikan maklum balas baik.

PRK Kemaman: BN perlu kerja keras tarik semula kepercayaan pengundi tegar - Veteran UMNO
Ia untuk menarik semula kepercayaan penduduk Kemaman yang pernah menjadi pengundi tegar UMNO dan BN sebelum ini.

PH, BN Pahang meterai MoU perkukuh pentadbiran kerajaan negeri
MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kemaman berhak dapat Ahli Parlimen yang dapat beri fokus sepenuhnya - Ahmad Zahid
Kemaman berhak mendapat seorang Ahli Parlimen yang dapat memberi fokus kepada penduduknya, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Satu lawan satu di PRK Kemaman
BN mempertaruhkan Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, manakala Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

PRK Kemaman: BN yakin kredibiliti calon ditawarkan - Azalina
Barisan Nasional (BN) yakin dengan kredibiliti calon ditawarkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Pas calonkan MB Terengganu pertahankan kerusi Parlimen Kemaman
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dinamakan sebagai calon PAS bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK).