Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan dan membebaskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua daripada pertuduhan menghasut berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu.
Di dalam penghakimannya, Hakim Norsharidah Awang berkata pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Norsharidah berkata kenyataan Tian Chua yang disiarkan portal Keadilan Daily pada tahun lepas, telah diolah mengikut pemahaman Siti Nooraishah, bekas wartawan yang menulisnya.
“SP3 (Siti Nooraishah) bersetuju bahawa ada bahagian yang diubah oleh sub-editor yang bukan sama seperti tulisan asalnya.
“Beliau bersetuju nota tidak diambil secara ‘verbatim’ dan beliau tidak merakam percakapan itu secara audio.
“Keterangan menunjukkan ia tidak dikeluarkan oleh Tian Chua dan hanya berdasarkan perbualan telefon. Ia boleh dimanipulasikan semasa diolah oleh sub-editor dan pemgikut pemahaman wartawan.
“Mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes berkenaan,” kata Norsharidah.
Pada 14 Mac lepas, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut, termasuk menyatakan bahawa serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu, didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, pada 11 pagi, 1 Mac lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan ujian sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Tian Chua, semasa ditemui oleh pemberita selepas keputusan mahkamah itu berkata beliau berharap semua pihak yang telah membuat tuduhan liar terhadapnya menghentikannya.
“Saya berharap pihak-pihak yang terlibat sekurang-kurangnya akan membuat kenyataan dan mengaku bahawa mereka telah membuat silap dalam perkara ini dan memberi jaminan kepada masyarakat perkara ini tidak akan berulang,” katanya.
T K Letchumy Tamboo
Fri Nov 14 2014
Hakim Norsharidah Awang berkata pihak pendakwaan telah gagal membuktikan wujudnya Prima Facie di dalam kes itu.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas
Ratusan peguam berhimpun menyertai Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia pada Jumaat.
PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik
Mereka ialah Siki Balarik di kerusi DUN Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).
"Saya bersama Pakatan Harapan" - Maszlee Malik
Maszlee berkata, beliau masih Ahli Parlimen Bebas, biarpun tular gambarnya menyertai sidang mesyuarat video bersama Ahli-ahli Parlimen PKR.
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas dan selamat untuk tujuan komersial tanpa sebarang aktiviti ketenteraan atau dijadikan sebagai medan konflik persaingan kuasa-kuasa besar.
Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang
Maszlee Malik umum tarik diri daripada parti Pejuang, ikrar teruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung
Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.
13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong
Hari Kemerdekaan ke-63 amat bermakna buat 13 banduan yang dipenjarakan seumur hidup pada 2001 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila dibebaskan atas pengampunan Yang Di-pertuan Agong
Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit
Bekas Perdana Menteri itu menitipkan pesanan kepada Amir Khusyairi agar tidak 'menjual diri' kerana wang.
Slim Memilih: Penduduk Orang Asli harap jambatan 'usang' dibaik pulih
Jambatan yang menghubungkan kampung Changkat Ramu dan Buloh Seruas itu digunakan penduduk setempat sejak tahun 1980-an lagi.
Chini Memilih: SPR keluarkan 156 kertas undi pos - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 156 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Ahad.