awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiba masanya pencarian MH370 dihentikan - Tun Mahathir

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/05/2018
05:56 MYT
Tiba masanya pencarian MH370 dihentikan - Tun Mahathir
Tun M maklumkan kerajaan akan pertimbang untuk teruskan pencarian jika ada bukti baharu. -BERNAMA
Sudah sampai masanya pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 dihentikan, kata perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini kerana pencarian sudah memakan masa lebih empat tahun merangkumi kawasan yang luas, namun sehingga kini tiada sebarang bukti yang menunjukkan pasukan penyiasat semakin dekat untuk menemui jawapan kepada misteri kehilangan pesawat itu.
"Sampai masa kita perlu hentikan juga pencarian. Misi pencarian dijalankan merangkumi kawasan yang begitu luas tapi sehingga kini tidak menemui sebarang bukti.
"Kita sudah sampai ke tahap di mana kita tidak boleh meneruskan untuk mencari sesuatu yang kita tak boleh temui. Jika ada bukti baharu, kita akan pertimbangkan untuk meneruskan pencarian. Tetapi buat masa ini, kita terpaksa menghentikannya.
"Ia keputusan yang dikesali, dan kita memahami perasaan ahli keluarga. Tetapi kita tidak boleh teruskan mencari selama-lamanya," kata Tun Mahathir dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet pada Rabu.
Pencarian MH370 oleh syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity, berakhir semalam.
Topic Berkaitan
#hilang
#Malaysia Airlines
#MH370
#OCEAN INFINITY
#Perdana Menteri
#pesawat
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan