KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga dua peratus sahaja, dan bukannya sehingga 20 peratus seperti yang pernah diramalkan sebelum ini.
Beliau berkata kenaikan secara mendadak itu tidak akan berlaku berikutan kadar ringgit yang kini berada pada tahap baik dan trend itu dijangka terus mengukuh berdasarkan kepada pergerakan terkini.
"Sekarang dalam dua, tiga hari ini, US Dollar turun balik kepada RM4.53 hingga RM4.54, jadi saya boleh kata 100 peratus, harga tidak akan naik 20 peratus pada bulan Ogos ini.
"Kalau saya nak kata semua barang tidak naik, saya tidak pasti, tapi kalau naik pun, di antara satu hingga dua peratus sahaja," katanya kepada Bernama selepas menghadiri program temu bual Apa Khabar Malaysia, di Wisma Bernama hari ini.
Beliau berkata kenaikan harga barang juga bergantung kepada pelbagai faktor antaranya inflasi, permintaan dan penawaran selain kadar ringgit.
Sebelum ini beliau dan beberapa pakar ekonomi menyatakan harga barang pengguna dijangka meningkat, ada yang meramalkan sehingga 20 peratus menjelang Okober ini berikutan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia selain inflasi import.
Peningkatan kos itu dikatakan ekoran kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga mendorong berlaku inflasi import pada kadar tinggi.
Sementara itu, Ameer turut mencadangkan agar kerajaan meneliti kembali mekanisme pemberian subsidi pukal ke subsidi bersasar menerusi pemberian tunai bulanan untuk golongan B40.
Katanya menerusi kaedah subsidi bersasar ia akan menjimatkan kos pembelanjaan kerajaan sekali gus membantu kerajaan dalam memudahkan perancangan pembangunan negara yang lebih mampan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
Beliau berkata kenaikan secara mendadak itu tidak akan berlaku berikutan kadar ringgit yang kini berada pada tahap baik dan trend itu dijangka terus mengukuh berdasarkan kepada pergerakan terkini. -Gambar fail
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Kebakaran Mydin Manjoi: Ameer Ali reda, syukur tiada kemalangan jiwa
Seluruh warga kerja Mydin Mohamed Holdings Berhad menerima ketentuan Allah SWT.
Isu beras tempatan: 'Bekalan cukup? Menteri boleh datang ke Mydin' - Ameer Ali
Isu kekurangan bekalan beras tempatan terus meruncing... kali ini di pasar raya besar Mydin turut menerima kesan yang sama.
Langkah MYDIN sahut pendigitalan ekonomi, usaha terpuji, wajar dicontohi - Fahmi
Katanya, MYDIN melakukan anjakan paradigma yang harus diikuti syarikat-syarikat lain supaya kekal kompetitif dalam industri.
Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga d
Mydin beli produk PMKS bernilai RM230 juta setahun
Sebanyak 90 peratus pembelian adalah produk makanan dan minuman kerana ia adalah keperluan harian.
Peniaga perlu henti harapkan subsidi tambahan - Ameer Ali
Peniaga Menu Rahmah jangan harap subsidi tambahan untuk kekal menjual hidangan tersebut, pesan bos besar Mydin.
Cadangan penambahbaikan Payung Rahmah, biarlah kementerian buat kajian menyeluruh - Salahuddin
KPDN perlu diberi ruang untuk membuat kajian menyeluruh mengenai inisiatif Payung Rahmah sebelum mengambil kira cadangan-cadangan yang dibuat pihak tertentu.
Kenaikan gaji tak wajar disekat, naikkan secara sistematik - Ameer Ali Mydin
Ia adalah kesilapan kerajaan selama ini yang menyebabkan kuasa membeli rakyat tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup.
Mydin perluas Menu Rahmah ke seluruh negara
Meskipun kos bahan mentah di Sabah dan Sarawak lebih tinggi, pihaknya tetap bertekad menawarkan menu makanan bawah RM5 di seluruh negara.
Akta Kerja: Jangan tergesa-gesa, bincang dengan pemegang taruh - Ameer Ali Mydin
Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 perlu dijalankan secara berperingkat, sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan pertama tahun hadapan.