IPOH: Tidak berada pada tahap keupayaan sebenar menjadi punca kegagalan Perak FC untuk meraih tiga mata penuh di laman sendiri dalam aksi Liga Super bertemu Kuala Lumpur City FC (KL City) semalam.
Pengendali Perak Yusri Che Lah berkata untuk itu skuad terpaksa menyerap tekanan pasukan lawan dan keadaan itu menyaksikan banyak kesilapan dilakukan pemain.
"Pemain tidak beraksi pada tahap sebenar menyebabkan tidak banyak peluang terbaik dapat dicipta. Kita tidak bermain seperti dua perlawanan sebelum ini di Ipoh dan semasa menentang Kl City... Saya akui kita tidak bermain dengan baik walaupun ada kesungguhan untuk mendapatkan gol.
"...terutama pada separuh masa kedua, cipta beberapa peluang, tetapi masih belum cukup untuk mendapatkan kemenangan atau sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam tadi.
Pada perlawanan itu, hasrat skuad The Bos Gaurus untuk mengekalkan rentak kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian apabila tewas 0-4 kepada skuad The City Boys di Stadium Perak, Ipoh.
Yusri berkata untuk membolehkan pasukan mengumpul mata dan berada di posisi yang lebih baik dalam kedudukan liga, anak buahnya perlu bangkit dengan persembahan lebih bertenaga pada perlawanan akan datang.
"Selepas ini kita akan berjumpa Sabah FC yang cukup berpengalaman dan saya mengharapkan pemain akan kembali meningkatkan keyakinan diri dan bermain dalam keupayaan sebenar.
"Tidak timbul soal pemain saya simpan tenaga untuk saingan Piala Malaysia (bertemu Sabah) kerana bagi saya di Liga Super kami perlu mengutip mata untuk perbaiki kedudukan," katanya.
Sementara itu ketua jurulatih KL City Nenad Bacina berterima kasih kepada pemainnya yang telah menunjukkan persembahan baik dalam perlawanan menentang Perak FC.
"Ia perlawanan yang sukar, kerana kita tahu Perak bermain dengan baik sebelum ini, dan kami bertahan sebaik mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Pemain Perak Fc Seo Seonung (dua, kiri) mengawal bola ketika bertemu pasukan Kuala Lumpur City Fc dalam saingan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Perak. - Foto BERNAMA
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.