awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak berganjak pendirian, Clare akui diancam

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
10/02/2019
08:58 MYT
Tidak berganjak pendirian, Clare akui diancam
REWCASTLE BROWN: Saya telah nyatakan hak saya sebagai seorang wartawan untuk membangkitkan isu berkepentingan rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown kekal dengan pendiriannya untuk tidak menarik balik laporan berkaitan penyaluran dana dari UMNO kepada Pas.
Tegasnya, walaupun menerima pelbagai ancaman, beliau kekal konsisten bahawa terdapat pemimpin kanan UMNO yang menyalurkan wang berjumlah RM2.5 juta kepada Pas.
“Ya, saya kekal dengan pendirian. Inilah bukti kukuh saya, saya tidak akan mengeluarkan artikel tersebut dan saya tidak mahu dibuli dengan tindakan fitnah. Jadi saya rasa wajar artikel itu kekal dan Pas juga perlu akuinya.
“Saya diminta untuk memohon maaf, menarik balik artikel, membayar Hadi Awang ‎£1,000 (RM5,263) dan saya tidak lakukan satu pun perkara itu.
“Jadi saya kekal dengan pendirian. Apabila kes tersebut digugurkan oleh Hadi Awang, bukti kukuh itu kekal milik saya,” katanya ketika ditemubual Astro AWANI.
BACA: Jangan kelirukan ahli, siapa bagi RM2.5 juta? - soal Clare kepada Hadi
Menurutnya, sebagai seorang wartawan dan pengarang, beliau mempunyai hak untuk membangkitkan isu yang mempunyai kepentingan rakyat.
“Anda tahu yang pemimpin Pas kerap mengeluarkan kenyataan dalam beberapa hari ini termasuk meminta perkara itu dibuktikan dan sebagainya.
“Saya telah nyatakan hak saya sebagai seorang wartawan untuk membangkitkan isu berkepentingan rakyat yang mana telah tersebar serta wujud persepsi bahawa duit tersebut telah dimasukkan daripada UMNO kepada Pas pada waktu itu.
“Saya telah melaporkannya pada 2016 dan sehinggakan kini angka itu mencecah RM90 juta melibatkan kedua dua parti, dari UMNO kepada PAS,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#ancaman
#Clare Rewcastle Brown
#PAS
#pendiriannya
#Pengarang Sarawak Report
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan