Pengurusan pakej umrah harus dikekalkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berbanding diletakkan di bawah Tabung Haji (TH).
Ini adalah kerana sistem keselamatan sudah diwujudkan oleh pihak kementerian bagi mengatasi masalah penipuan pakej umrah, kata Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).
"Sejak sekian lama, sesiapa yang mengendalikan pakej umrah perlu mendapatkan lesen 'keluar' dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, dan kini hanya pengendali dengan 'Lesen Khas Umrah' dibenarkan mengendalikan operasi itu.
"Justeru, tahap keselamatan sudah diwujudkan dan tidak perlu ditukar agensi," kata naib presiden Umrah dan Haji MATTA, Shahrulnezam Mohd Daud dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, penukaran itu akan turut menjejaskan pengendali pelancongan umrah khususnya Bumiputera yang akan sukar bersaing.
"Kurang bijak dan tidak bertanggungjawab untuk membatalkan mekanisma sedia ada dan meletakkan perusahaan secil dan sederhana (PKS) terutama pengendali pelancongan Bumiputera dan beribu-ribu pekerja dalam keadaan terancam.
"Ia akan menyukarkan pengendali pelancongan Bumiputera untuk bersaing dan kekal dalam perniagaan jika agensi kerajaan lain mengambilalih," ujarnya.
Tambah Shahrulnezam, jumlah kerugian akibat penipuan pakej umrah adalah rendah pada purata RM5 juta setahun dan berbanding kerugian RM5 bilion akibat penipuan pelaburan permainan wang.
"Bagaimanapun, amat mendukacitakan melihat jemaah Umrah ditipu individu tidak bertanggungjawab."
Beliau berkata penipuan itu didalangi orang tengah dan individu yang menghilangkan diri selepas memungut wang.
Risiko itu, kata Shahrulnezam, boleh dikurangkan dengan mengenakan tindakan terhadap pengendali pelancongan umrah berlesen bagi setiap tindakan agen bawahan mereka, tidak kira agensi atau individu yang mewakili mereka.
Sementara itu, TH pada Selasa berkata mereka bersedia menjadi orang tengah antara agensi pelancongan dan umrah dengan bakal jemaah dalam usaha menangani penipuan pakej umrah.
Ahli Lembaga Pengarah TH, Tan Sri Mohamad Aziz berkata, beliau sendiri akan mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TH akan datang.
Cadangan itu disokong Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sambil berkata TH telah terbukti cekap dalam pengurusan jemaah haji.
Najib Aroff
Wed Dec 20 2017
Pengurusan pakej umrah harus dikekalkan di bawah kementerian kerana sistem keselamatan sudah diwujudkan oleh pihak kementerian bagi mengatasi masalah penipuan pakej umrah. - REUTERS
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.