awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak dapat terima sindiran babak korban - Khir Rahman

Umaira Uyop
Umaira Uyop
30/11/2014
00:51 MYT
Tidak dapat terima sindiran babak korban - Khir Rahman
Khir Rahman merasakan babak korban dalam filem Lelaki Harapan Dunia sindir agama Islam -
Dalam pada orang rancak berbual tentang filem Lelaki Harapan Dunia yang sedang ditayang di pawagam tempatan sekarang, Khir Rahman membuat satu kenyataan yang menyentak perhatian ramai.
Pelakon dan pengarah ini melalui laman media sosialnya menyatakan kekecewaannya terhadap filem arahan Liew Seng Tat itu yang dirasakan menyindir agama Islam.
Khir memuatnaik poster beberapa filem melayu dengan 'caption' menyeru rakyat Malaysia menonton filem tempatan lain kecuali Lelaki Harapan Dunia.
Mula dikenali menerusi filem kontroversi yang memaparkan isu transgender, Anu Dalam Botol, Khir menyatakan dia boleh menerima sindiran terhadap orang Melayu yang digambarkan dalam filem itu, namun tidak dapat menerima babak korban yang disifatkan ibarat seksaan ke atas haiwan.
Khir Rahman Instagram
Khir Rahman Instagram
Sy secara peribadi menyarankan rakyat M'sia supaya sokonglah filem2 tempatan di atas KECUALI filem… http://t.co/zKpobQAxez
— KHIR RAHMAN FANSURI (@KhirRahman) November 28, 2014
Bagaimanapun, sekali lagi Khir memuatnaik status memohon maaf sekiranya ada pihak berkecil hati dengan kenyataannya dan menegaskan tidak melarang sesiapa pun menyaksikan filem berkenaan.
Namun dia tetap berpegang pada pendiriannya yang merasakan babak korban dalam filem itu seperti dipermain-mainkan.
Khir tidak lupa menyatakan sokongannya kepada rakan-rakan industri dan menafikan sengaja ingin menimbulkan situasi tegang.
Khir Rahman Instagram
Khir Rahman Instagram
Merujuk kpd post sy sebelum ini ..saya susulkan MAAF kpd mana2 pihak yg terasa hati ..tidaklah menjadi… http://t.co/cMMsliRsDQ
— KHIR RAHMAN FANSURI (@KhirRahman) November 29, 2014
Sementara itu, pengarah filem yang sedang hangat diperkatakan, Liew Seng Tat memohon agar penonton tidak menghukum filem tersebut sebelum menontonnya.
Jelas kecewa dengan kenyataan tersebut, Seng Tat merasakan seseorang pembikin filem yang mencintai dunia filem tempatan tidak sewajarnya menggesa penonton memboikot atau tidak menggalakkan mana-mana penonton untuk pergi ke pawagam menyaksikan filem yang mereka tidak gemari.
Topic Berkaitan
#Khir Rahman
#Lelaki Harapan Dunia
#Liew Seng Tat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan