SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) mengesan gluten yang tidak diisytihar pada label pembungkusan makanan Organic Mee Suar (300g) Perasa Asli dari Malaysia.
Memandangkan gluten ialah bahan yang boleh mencetuskan alahan (alergen), SFA berkata ia telah mengarahkan pengimport, Taste Original Pte Ltd, supaya menarik balik produk berkenaan.
"Menarik balik produk sedang dibuat," kata SFA dalam satu kenyataan hari ini.
Alergen dalam makanan boleh mengakibatkan tindak balas alahan pada individu yang sensitif terhadapnya.
Mengikut Peraturan Makanan Singapura, produk makanan yang mengandungi ramuan yang diketahui menyebabkan hipersensitiviti, mesti diisytiharkan pada label pembungkusan makanan bagi melindungi pengguna yang mempunyai alahan makanan.
"Semua bahan dalam makanan yang dibungkus juga perlu dinyatakan pada label produk dalam tertib menurun mengikut perkadaran berat kandungannya," menurut kenyataan itu.
Gluten ialah sejenis protein yang secara semula jadi dalam gandum dan bijirin lain.
"Gluten tidak menimbulkan isu keselamatan makanan kepada pengguna secara amnya, kecuali bagi mereka yang tidak bertoleransi atau alah kepada gluten," kata SFA.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023
Memandangkan gluten ialah bahan yang boleh mencetuskan alahan (alergen), SFA telah mengarahkan pengimport, Taste Original Pte Ltd, supaya menarik balik produk berkenaan. - Facebook SFA
Hong Kong bakal buka pejabat perdagangan dan ekonomi di Malaysia
Hong Kong bakal membuka Hong Kong Economic & Trade Office (HKETO) di Kuala Lumpur, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
10 Berita Pilihan - (23 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 24 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Isu sekolah daif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam longkang
Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar.
Inflasi Singapura kekal stabil pada April 2024
Inflasi teras Singapura mencatatkan 3.1 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah daripada Mac.
APMM Kelantan tahan dua bot langgar undang-undang perairan
APMM Kelantan menahan dua bot nelayan tempatan kelas C dan bot fiber rekreasi pancing di perairan Tok Bali dalam dua tangkapan berasingan pada 9 dan 16 Mei lepas.
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
CIDB laksana lebih 1,500 operasi penguatkuasaan dari Januari-April
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah melaksanakan 1,528 operasi penguatkuasaan di tapak pembinaan di seluruh negara dari Januari hingga April tahun ini.
Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi
Saksi memberitahu bahawa dia membuat laporan polis untuk menghentikan perbuatan pendakwah itu supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa seterusnya.
Tidak isytihar kandungan gluten: Singapura panggil balik produk dari Malaysia
Memandangkan gluten boleh cetuskan alahan, SFA telah mengarahkan pengimport, Taste Original Pte Ltd, supaya menarik balik produk berkenaan.
Hari Keselamatan Makanan Sedunia: Standard ditetapkan untuk mudahkan pengusaha makanan
Standard yang ditetapkan dalam industri makanan juga adalah untuk memudahkan pengusaha makanan mengimport dan mengeksport produk mereka.
Persijilan halal untuk menu baharu dipercepatkan
Pengeluaran sijil halal bagi menu baharu yang dibangunkan oleh pengusaha atau pengeluar produk makanan yang telah memiliki sijil berkenaan akan dipercepatkan.
KKM tidak pernah peraku mana-mana produk, makanan gantikan ubat
Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubat-ubatan.
Malaysia mampu manfaatkan tawaran bekalan sumber pertanian dari Rusia - MAFI
Jumlah nilaian dagangan yang dicatatkan oleh kedua-dua negara tahun lalu mencecah sehingga RM14 bilion.
Dr Noor Hisham nasihat pihak industri letak label kandungan garam pada produk makanan, minuman
Tinjauan pada tahun 2017 mendapati hanya separuh daripada produk makanan menunjukkan label kandungan garam pada maklumat pemakanan.
Pelbagai produk makanan bernilai RM54,401 dirampas kerana salah guna logo halal
Pemeriksaan mendapati beberapa barangan menggunakan penandaan logo halal tanpa diperakukan oleh pihak berkuasa.
KKM kesan 21 produk makanan mengandungi racun
Perkara itu dikenal pasti hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sepanjang tahun 2019 hingga Ogos 2020.
27 tan kulit ayam sejuk beku dari Netherlands dirampas MAQIS
Sebanyak 1375 kotak kulit ayam sejuk beku gred A dirampas dari sebuah kontena yang kesemuanya bernilai RM100,521.85.
JAIS serbu premis proses muruku guna logo halal palsu
Serbuan itu dilakukan bersama Jakim, KPDNHEP Cawangan Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat.