NATIONAL
Tidak mahir jalan alasan lelaki pandu Myvi lawan arus
GEORGE TOWN: Seorang lelaki disaman selepas memandu kenderaannya secara melawan arus di Jalan Masjid Negeri di sini pada minggu lalu.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki disaman kerana memandu secara melawan arus di Jalan Masjid Negeri pada 23 Mac.
- Lelaki itu mendakwa tidak mahir dengan arah jalan di negeri tersebut dan tiada kemalangan berlaku akibat kejadian itu.
- Ketua Polis Daerah Timur Laut menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan atau menggunakan aplikasi navigasi untuk mengelakkan kesilapan.
"Hasil siasatan polis mendapati, kereta tersebut didaftarkan di bawah nama seorang wanita warga tempatan berusia 32 tahun yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan.
"Bagaimanapun, ketika kejadian kereta tersebut dipandu suami kepada wanita berkenaan.
"Lelaki itu mendakwa dia baru bekerja di negeri ini dan tidak mahir dengan arah jalan di sini lalu termasuk ke laluan melawan arus di Jalan Masjid Negeri secara tidak sengaja," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Bagaimanapun kata beliau, tiada kemalangan melibatkan kenderaan lain dalam kejadian berkenaan.
Abdul Rozak turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar merancang perjalanan atau menggunakan aplikasi navigasi dalam talian semasa memandu bagi mengelakkan melakukan kesilapan di atas jalan raya sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Sebelum ini, satu klip video memaparkan kejadian tersebut tular di media sosial pada Rabu dan ia telah menarik perhatian masyarakat umum.
Ini kerana, perbuatan memandu melawan arus akan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami