Skuad Harimau Malaya tidak perlu takut sekiranya memperoleh keputusan negatif ketika menentang Syria dan China dalam aksi persahabatan pada September depan.
Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai khor Abdullah berkata, perkara paling penting adalah mencari kelemahan sebelum bermulanya Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada November.
“Bagi saya ia satu tindakan yang tepat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mencari lawan yang lebih kuat agar kita dapat lihat di mana kelemahan kita.
“Tak ada makna kalau asyik jumpa pasukan seperti Timor Leste atau Papua New Guinea yang memang kita tahu boleh menang dan ia sudah tentu tidak akan memberikan cabaran kepada pasukan negara.
“Bagi saya kekuatan China dan Syria agak mirip dengan pasukan yang akan kita lawan pada pusingan kelayakan itu, sekali gus akan jadi pendedahan berguna kepada pemain-pemain negara,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada Isnin, FAM telah mengumumkan Syria dan China akan menjadi lawan skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan di Chengdu, China pada 6 dan 9 September depan.
Ia sebagai persiapan sebelum Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November depan yang menyaksikan Malaysia diundi bertemu Oman, Kyrgyzstan dan pemenang antara Taiwan atau Timor Leste dalam Kumpulan D.
Berdasarkan ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 20 Julai lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-136 dunia, sementara China (80) dan Syria (94).
Sementara itu, Mohd Azraai berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan jika kedua-dua aksi persahabatan itu berakhir dengan kekalahan dan sehingga menjejaskan ranking Harimau Malaya.
“Terjejas (ranking) itu tak apa, namun yang paling penting kita kena fikir mengenai persiapan pasukan kerana mereka bakal beraksi di peringkat yang lebih tinggi.
“Ini platform yang betul untuk menguji kekuatan pasukan negara. Saya yakin pasukan negara boleh menyaingi Syria dan China dan mungkin boleh memberikan keputusan positif,” jelasnya. - StadiumAstro
Astro Arena
Wed Aug 02 2023
Perkara paling penting adalah mencari kelemahan sebelum bermulanya Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada November.
JIPS siasat anggota pengiring pukul pemandu OKU e-hailing
Anggota polis pengiring yang memukul seorang pemandu e-hailing di lobi hotel baru-baru ini sedang disiasat oleh JIPS dari sudut tatatertib
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6970/6985 berbanding dolar US daripada paras penutup 4.7005/7030 semalam.
Polis sahkan bom diterima di bangunan MOTAC adalah palsu
Polis mengesahkan bungkusan yang didakwa mengandungi bom dan dialamatkan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing hari ini adalah palsu.
AWANI Ringkas: Kes pukul OKU | Elak cukai | Kekejaman Zionis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agong, Raja Permaisuri berkenan terima Darjah Kebesaran Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menerima Darjah Kebesaran Persekutuan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara di sini hari ini
AWANI 7:45 [05/06/2024] – Sindiket penyeludupan tumpas | Amerika kena lebih tegas – Anwar | Tiada lagi Pyanhabib
- RM3.5 bilion tiris, tiga agensi tumpaskan sindiket penyeludupan pelabuhan
- Malaysia gesa Amerika jangan berlembut dengan Israel
- Negara kehilangan seorang lagi seniman, Pyanhabib sudah tiada
- Skuad padu, tiada lagi alasan untuk England tidak menang Euro
- Malaysia gesa Amerika jangan berlembut dengan Israel
- Negara kehilangan seorang lagi seniman, Pyanhabib sudah tiada
- Skuad padu, tiada lagi alasan untuk England tidak menang Euro
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini terutama berikutan aktiviti pengambilan untung, tetapi indeks utama kekal melebihi paras psikologi 1,600, kata penganalisis.
SPRM, JKDM, LHDN lumpuhkan sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang
Sindiket didalangi warga asing itu sudah 10 tahun beroperasi, dengan nilai ketirisan dianggar sekitar RM3.5 bilion
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan – Atlet Kebangsaan
Atlet Profesional boling sepuluh pin, Datuk Shalin Zulkifli berkata hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan. Jelasnya, angka ini membimbangkan dan mencerminkan kesedaran yang rendah dalam kalangan atlet mengenai perangan persaraan yang mampan. #AgendaAWANI
Jemaah haji diseru suarakan keprihatinan terhadap kekejaman Israel di Palestin - MAPIM
Jemaah Haji Malaysia yang kini berkumpul di Tanah Suci diseru untuk menyuarakan keprihatinan mereka terhadap isu penjajahan Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa As-Sharif oleh rejim Zionis.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
Badminton: Sze Fei-Nur Izzuddin lonjak empat anak tangga
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan peningkatan ketara dalam ranking dunia selepas muncul naib juara Kejohanan Badminton Asia.
Harimau Malaya daki tujuh anak tangga, kini ranking ke-130 dunia
Skuad kendalian Kim Pan Gon itu mengumpul keseluruhan 1,122.87 mata untuk meningkat daripada posisi ke-137 dunia yang dihuni sejak 26 Okt lepas.
Sistem ranking universiti penting tarik kemasukan pelajar antarabangsa
Katanya, ada negara yang menitikberatkan soal ranking untuk menghantar pelajar mereka menyambung pengajian ke universiti di negara lain.
Taylor’s diiktiraf #41 terbaik Asia, kukuh status sebagai universiti swasta #1 Asia Tenggara
Membuktikan kualiti program akademik yang luar biasa dan kaedah pengajaran yang berkesan Taylor's.
Tidak perlu bimbang jika ranking terjejas - Azraai Khor
Perkara paling penting adalah mencari kelemahan sebelum bermulanya Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada November.
'Tak mustahil tembus 100 terbaik dunia'
Datuk Zainal Abidin Hassan berharap rentak positif itu dapat diteruskan, sekali gus meraih kedudukan lebih baik.
Zii Jia tergelincir daripada kelompok 10 terbaik dunia
Zii Jia turun satu anak tangga selepas dipintas pemain pemain China, Li Shi Feng.
KPM tidak keluar senarai ranking sekolah terbaik SPM 2022 - Fadhlina
Kementerian Pendidikan tidak pernah mengeluarkan sebarang ranking sekolah terbaik di negara ini berdasarkan keputusan SPM yang diumumkan pada Khamis.