awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu haram atau larang 'loom band '- Kementerian Kesihatan

Bernama
Bernama
05/09/2014
14:04 MYT
Tidak perlu haram atau larang 'loom band '- Kementerian Kesihatan
Menurut Skim Penilaian dan Notifikasi Bahan Kimia Industri Kebangsaan Australia, kanak-kanak berusia sehingga 36 bulan menghadapi risiko kesihatan sekiranya mengunyah atau mengisap bahan plastik yang mengandungi phthalates.
Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk mengharamkan atau mengenakan larangan terhadap penggunaan gelang getah atau 'Loom Band' selepas timbul isu phthalates iaitu bahan kimia karsinogenik dikesan dalam produk tersebut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata getah aneka warna ditenun menjadi gelang itu bukan dianggap sebagai produk mainan tetapi dipasarkan sebagai aksesori hiasan untuk kanak-kanak yang lebih tua dan golongan muda.
"Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan supaya tidak memberi atau menjauhkan gelang getah itu daripada kanak-kanak berusia bawah empat tahun atas faktor keselamatan dan kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata menurut Skim Penilaian dan Notifikasi Bahan Kimia Industri Kebangsaan Australia, kanak-kanak berusia sehingga 36 bulan menghadapi risiko kesihatan sekiranya mengunyah atau mengisap bahan plastik yang mengandungi phthalates.
Oleh itu, katanya, kanak-kanak yang lebih tua dan golongan muda tidak menghadapi risiko tersebut.
Phthalates, bahan kimia yang mempunyai keupayaan mengganggu hormon, digunakan terutamanya untuk meningkatkan fleksibiliti dan meningkatkan pelbagai ciri-ciri lain plastik.
Ahad lepas, peruncit barangan mainan kanak-kanak terbesar di Britain, 'The Entertainer', telah menarik balik semua produk 'Loom Band' dari 92 kedainya di seluruh negara itu selepas sebuah program televisyen mendedahkan gelang getah itu mengandungi 40 peratus phthalates.
Topic Berkaitan
#Britain
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#loom band
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan