awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu ragu dengan vaksin COVID-19 - Sultan Johor

Bernama
Bernama
19/06/2021
20:15 MYT
Tidak perlu ragu dengan vaksin COVID-19 - Sultan Johor
SULTAN IBRAHIM: Selain melindungi diri, kita juga perlu memikirkan pasukan barisan hadapan, doktor, jururawat dan pasukan perubatan yang sedang bertungkus-lumus merawat pesakit-pesakit COVID-19. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menasihati rakyat supaya tidak berasa ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin demi kesihatan serta membendung penularan wabak COVID-19.
Sultan Ibrahim bertitah ini kerana baginda sendiri bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan keluarga Diraja Johor sudah menerima suntikan vaksin berkenaan baru-baru ini.
"Saya dan keluarga sudah menerima vaksin dan amat berharap rakyat Johor juga tidak ragu-ragu untuk mendapatkan vaksin demi menjaga serta melindungi diri serta keluarga masing-masing.
"Saya dan Permaisuri Johor dalam keadaan yang sihat selepas menerima suntikan vaksin. Alhamdulillah kami juga tiada kesan sampingan," titah baginda dalam kenyataan di Facebook rasminya semalam.
Baginda bertitah di samping perlu mengikut segala nasihat serta prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM), pengambilan suntikan vaksin juga penting dalam mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 dan mencapai imuniti kelompok.
"Selain melindungi diri, kita juga perlu memikirkan pasukan barisan hadapan, doktor, jururawat dan pasukan perubatan yang sedang bertungkus-lumus merawat pesakit-pesakit COVID-19.
"Lebih ramai yang menerima vaksin, semakin kita hampir kepada imuniti kelompok dan mengurangkan kesan buruk penyakit ini kepada kehidupan seharian kita. Justeru, daftarlah untuk vaksin dan pastikan anda serta ahli keluarga selalu menyemak serta menepati janji temu MySejahtera," titah baginda.
Johor merekodkan 498 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri ini sebanyak 67,366 kes dengan 493 kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#vaksin
#ragu-ragu
#COVID-19
#Raja Zarith Sofiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan