KOTA KINABALU: Sabah tidak perlu mencontohi kerajaan negeri Sarawak yang membuat keputusan untuk menukar gelaran 'Ketua Menteri' kepada 'Premier', kata bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee.
Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) itu berkata fokus sebaliknya perlu diberikan kepada usaha mengembalikan gelaran Yang di-Pertua Negeri kepada gelaran asal yang diubah pada tahun 1976, yakni Yang di-Pertua Negara.
Beliau berkata mengembalikan gelaran asal Ketua Negeri itu menerusi pindaan perlembagaan negeri akan menggambarkan Sabah sebagai salah satu wilayah yang menyertai pembentukan Malaysia.
"Memperoleh kuasa autonomi adalah lebih penting daripada pertukaran nama. Kita (Sabah) harus meneruskan peralihan kuasa bagi perkara-perkara di bawah senarai Persekutuan, serentak kepada senarai kuasa kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Yong berkata terdapat juga beberapa isu penting yang perlu diteruskan seperti mendapatkan semula hak Sabah yang terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
Mengulas langkah Sarawak menggantikan gelaran Ketua Menteri kepada 'Premier', Yong berkata soal penggunaannya perlu diperjelaskan.
"Contohnya ialah isu istilah yang tepat dalam Bahasa Malaysia bagi gelaran 'Premier'. 'Premier' adalah ketua kerajaan dalam sesebuah negara yang tidak beraja. Saya rasa Sarawak dan Sabah juga layak untuk itu.
"Bagaimanapun 'Perdana Menteri' adalah gelaran ketua kerajaan yang mempunyai raja. Perkara ini perlu diperjelaskan dengan sepenuhnya sebelum gelaran 'Premier' digunakan," katanya.
Yong berkata perkara itu tidak berbangkit bagi Melaka dan Pulau Pinang, kerana mereka tiada Kabinet, tidak seperti Sabah dan Sarawak, mereka (Melaka dan Pulau Pinang) hanya ada Exco (executive councils).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022
Teck Lee berkata mengembalikan gelaran asal Ketua Negeri itu akan menggambarkan Sabah sebagai salah satu wilayah yang menyertai pembentukan Malaysia. - Gambar fail
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
[INFOGRAFIK] Statistik Guna Tenaga 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Statistik Guna Tenaga bagi tahun 2024.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Siti Nurul Masyitah terlepas peluang ke kejohanan dunia
Timbalan Menteri Belia & Sukan, Adam Adli memaklumkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah yang dilanggar pemandu mabuk, terlepas peluang ke Kejohanan Dunia Perahu Naga di Filipina November depan.
Pantau Belanjawan: Akta - Kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah dilindungi?
Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. Apakah realiti sektor hartanah di Malaysia dan bagaimana pelaksanaan Akta ini dapat melindungi kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah? Kupasan lanjut bersama Pengasas Pejuang Hartanah, Ahyat Ishak.
Representasi 'Inspektor Sheila" batal pertuduhan sebabkan kegusaran awam ditolak
Representasi dikemukakan 'Inspektor Sheila' bagi membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran awam ditolak pihak pendakwaan.
Laporan KRI: Purata gaji rakyat Malaysia hanya naik RM56 setahun antara 2010-2019
Pasaran buruh Malaysia menunjukkan corak struktur pertumbuhan gaji jelas ditindas tanpa campur tangan dasar yang kukuh.
AWANI Ringkas: Pesawat Garuda mendarat cemas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
China mempunyai kapal perang direka khusus angkut dron
Rekod negara pertama yang mempunyai kapal yang direka khusus untuk dron dipegang oleh China.
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
ESSCOM tahan 37 individu dalam operasi bersepadu di Kalabakan
Sebanyak 37 individu ditahan melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi Pos Pemeriksaan Darat (RCP) di bawah ESSCOM.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.