KOTA BHARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata tiada keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani golongan penghasut antivaksin.
Ini kerana katanya undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia boleh dikuatkuasakan ke atas golongan berkenaan.
"Semasa darurat berkuat kuasa ketika ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga telah mewujudkan satu ordinan darurat berkaitan anti fake news dan di bawah undang-undang ini kerajaan boleh ambil tindakan," katanya pada sidang media mengenai pemberian Saguhati Warga Parlimen Kota Bharu yang telah menerima suntikan vaksin, di sini hari ini.
Sementara itu, ditanya mengenai cadangan mengenakan kompaun terhadap individu yang gagal hadir pada tarikh janji temu pemberian vaksin COVID-19, Takiyuddin berkata beliau yakin perkara tersebut sedang diteliti oleh pihak berkenaan.
"Berkenaan kompaun terhadap mereka yang gagal hadir janji temu ini, ada jawatankuasa mengenai vaksin, itu saya tidak boleh komen tetapi terpulang kepada mereka (jawatankuasa)," katanya.
VAKSIN-TAKIYUDDIN 2 (AKHIR) KOTA BHARU
Khamis lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata cadangan mengenakan kompaun dan penalti terhadap individu tidak menghadiri janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) serta Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).
Menurut Dr Adham, langkah mengenakan penalti terbabit dan mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 itu bagaimanapun dilihat hanya boleh diambil selepas pendekatan sukarela atau usaha pendaftaran menerusi pelbagai saluran termasuk MySejahtera dan secara bersemuka, dilaksanakan sepenuhnya.
Mengulas perkembangan lain berhubung dakwaan penahanan seorang menteri di sekatan jalan raya di Perasing, di Terengganu, Takiyuddin berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengenai kes berkenaan.
"Kami di pihak parti (PAS) pun belum menerima laporan daripada pihak berkuasa. Kita serahkan kepada pihak polis.
"PAS sebagai parti yang akur kepada undang-undang, tidak kiralah siapa sahaja ahli atau pemimpin PAS dikatakan melakukan kesalahan, kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan," katanya yang juga Setiausaha Agung PAS.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 30 2021
Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika bertemu para pengamal media selepas majlis saguhati untuk warga Parlimen Kota Bharu yang telah menerima suntikan vaksin di Pusat khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu hari ini. - Foto BERNAMA
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Lelaki dakwa kematian ibu jadi modal antivaksin sebar dakyah palsu
Mohamad Faeez mendakwa golongan antivaksin memfitnah ibunya menggunakan kerusi roda selepas menerima suntikan vaksin.
Rayuan visa ditolak, Djokovic berlepas dari Australia
Pesawat yang membawa bintang tenis nombor satu dunia itu berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada Ahad 10.30 malam.
COVID-19: Rusia tangguh kuat kuasa sekatan tidak popular
Keputusan itu dibuat walaupun berlaku wpeningkatan kes harian dan amaran yang dikeluarkan berhubung penularan varian Omicron.
Kerana hormatkan suami, Ellie Suriaty akhirnya terima vaksin
Pelakon Ellie Suriaty nafi dia seorang yang antivaksin, cuma persoal keberkesanan vaksin.
Isu tular: Guru antivaksin diasingkan, tunggu siasatan lengkap
Orang ramai diminta supaya tidak memperbesarkan perkara itu, dan perlu menunggu laporan hasil siasatan dijalankan.
COVID-19: Jerman mula hadkan akses kepada golongan antivaksin
Parlimen Jerman dikatakan akan mengundi rang undang-undang baharu bagi sekatan COVID-19 yang dirangka oleh parti-parti yang dijangka membentuk kerajaan seterusnya di negara itu.
'Kumpulan antivaksin, jangan guna haka kami!' - Amaran suku kaum Maori
Suku Ngati Toa menyelar penggunaan haka Ka Mate untuk mendesak dan mempromosi mesej antivaksin.
COVID-19: Greece kenakan sekatan lebih ketat terhadap golongan antivaksin
Mereka yang enggan menerima vaksin diwajibkan untuk membuktikan keputusan ujian saringan negatif sebelum memasuki semua premis awam.
Usaha mengatur pertemuan KKM dengan kumpulan antivaksin belum berhasil
Cadangan untuk mengadakan perjumpaan tersebut adalah bagi memberikan penerangan berkaitan kepentingan pengambilan vaksin.
Kakitangan MBPP, MBSP enggan divaksin berdepan ditamatkan perkhidmatan
Kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan dikenakan tindakan tatatertib.