awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saringan di pintu masuk negara wajar, kekang penularan virus Nipah - Pakar
Aset Jamal Yunos lebih RM66,000 disita hari ini - Peguam Teresa Kok
Penguatkuasaan JPJ terhadap kenderaan berat sepanjang tahun - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
26/07/2021
03:20 MYT
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa Ahli Parlimen saling bertikam lidah sesama mereka selama beberapa minit sebelum ditenangkan Speaker selepas keadaan dilihat semakin 'panas'. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tidak sampai satu jam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula pagi ini, keadaan daripada tenang ketika Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berucap bertukar menjadi 'panas'.
Bahkan, beberapa perkataan yang agak panas seperti “letak jawatan” dan “derhaka” turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Beberapa Ahli Parlimen juga dilihat saling bertikam lidah sesama mereka selama beberapa minit sebelum ditenangkan Speaker selepas keadaan dilihat semakin 'panas'.
Sebaik selesai ucapan Speaker, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan - Semporna) merupakan ahli Parlimen pertama bangun dan meminta penjelasan.
“Saya minta penjelasan. Pertama sama ada persidangan ini selaras dengan titah Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) dan adakah ini, persidangan ini selaras dengan Perlembagaan Malaysia? Adakah ini selaras dengan peraturan?
“Kalau bercanggah, dengan ini kita dah melanggar persidangan yang kita bincangkan, contohnya Ordinan Darurat,” katanya. LAMAN MIKRO SISITV PARLIMEN ADA DI SINI
[LAPOR LANGSUNG] Ahli Parlimen kembali bersidang hari ini
Keadaan menjadi semakin 'panas' selepas itu apabila Ramkarpal Singh Karpal Singh (DAP - Bukit Gelugor) bangun mencelah dan mengeluarkan perkataan kontroversi.
“Anda patut letak jawatan daripada Speaker Dewan Rakyat. Saya nak tahu tuan Speaker, kenapa Proklamasi Darurat dan Ordinan di bawahnya tidak dibawa ke dalam masalah ini?
“Adakah tuan menerima arahan daripada kerajaan untuk tidak membawa perkara tersebut ke dewan? Kalau itu agendanya, jadi letaklah jawatan,” katanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang - Langkawi) turut bangun selepas itu yang menegaskan Ahli Parlimen tidak memerlukan penerangan, sebaliknya, apa yang dituntut ialah perbahasan untuk membincangkan isu semasa.
“Kerajaan mengambil masa yang amat panjang dan cuba untuk memperdayakan dunia bahawa mengadakan majlis taklimat di dewan Parlimen adalah sidang Parlimen.
“Ini adalah satu penipuan lebih-lebih lagi apabila tekanan wabak COVID-19 yang menjadi alasan untuk isytihar darurat tidak dibawa dalam dewan ini untuk dibincang dan dibahas dengna cara untuk mengatasinya,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Dewan Rakyat
#letak jawatan
#derhaka
#Panas
#Sidang Parlimen
#ahli Parlimen
#COVID-19
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#Mohd Shafie Apdal
#Warisan
#DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan