KUALA LUMPUR:UMNO akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu komponen, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"UMNO juga membuat keputusan tidak akan menyertai PN sebagai salah satu komponen parti berkenaan. Atas dasar itu UMNO akan menggunakan lambang BN yang ditunjanginya dengan MCA dan MIC pada PRU15," jelasnya, memetik laporan Mingguan Malaysia.
Namun, Ismail Sabri menjelaskan, persetujuan telah dicapai agar tiada pertembungan antara BN dan PN memandangkan Pas juga menyertai PN bersama Bersatu.
Berhubung soal pembahagian kerusi pula, Ismail Sabri berkata, Jawatankuasa Pembahagian Kerusi sudah berunding dengan Pas ketika beliau mempengerusikannya.
Bagaimanapun, selepas Pas membuat keputusan menyertai PN, isu berkenaan katanya tidak diketahui sama ada rundingan diteruskan dengan PN, Pas atau Bersatu.
Ini kerana jawatankuasa tersebut kini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Bagaimanapun, tegas Ismail Sabri, kedudukan Muafakat Nasional (MN) masih kukuh iaitu kesepakatan penyatuan ummah dari segi pemikiran dan tindakan dan bukannya membentuk sebuah gabungan parti.
Tambahnya lagi, meskipun ada cadangan MN didaftarkan sebagai gabungan parti, namun perkara itu dilihat sukar dilaksanakan memandangkan Pas sudah bersama PN.
“Maka adalah mustahil bagi sebuah parti untuk berada dalam dua gabungan parti,” kata beliau lagi.
BACA: Bersatu guna logo Perikatan Nasional dalam PRU15 - Muhyiddin Yassin
Fareez Azman
Sun Nov 29 2020

Memandangkan UMNO buat keputusan tidak akan menyertai PN, maka parti itu UMNO akan menggunakan lambang BN yang ditunjanginya dengan MCA dan MIC pada PRU15, kata Ismail Sabri Yaakob.

Malaysia perlu ubah 'skrip', kata Nazir Razak
Sukar untuk mengatasi perpaduan sosial tanpa sebarang kerjasama kerana ia berkaitan dengan politik dan ekonomi, jelas Nazir Razak.

AWANI Ringkas: Dr Ali ada penyakit lain - KKM | Guru agama dipenjara 6 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jalan Paitan-Kanibongan mendap, rosak teruk akibat tanah runtuh
Jalan raya Paitan ke Kanibongan terputus hubungan akibat tanah runtuh di Kilometer 127.5, berdekatan Kampung Kubambangan, pada Selasa malam.

Pembelian vaksin COVID-19 turut ambil kira keperluan pekerja asing - MB Selangor
Pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan negeri Selangor untuk penduduk negeri itu akan turut mengambil kira keperluan pekerja asing, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Lelaki ditahan guna duit i-Sinar sewa lori seludup ketum
Hasil pemeriksaan dalam lori itu menemui 80 karung plastik yang mengandungi daun ketum.

AWANI Ringkas: Gantung Parlimen, PH akan cabar Kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [20/01/2021]: Hadir dua mesyuarat | Rayu gugur darurat | Penceroboh rakus Pahang AWANI 7:45 [20/01/2021]: Hadir dua mesyuarat | Rayu gugur darurat | Penceroboh rakus Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/2404235731611146942361/1886456_17223730541611147393486_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [20/01/2021]: Hadir dua mesyuarat | Rayu gugur darurat | Penceroboh rakus Pahang
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Jasmine Abu Bakar. Fokus #AWANI745: - Kali ini Anwar dakwa majoriti ahli parlimen hantar surat kepada Agong. - Siapa pengkhianat? Pencerobohan tanah di bumi Pahang. - Gara-gara Tajuddin positif, kakitangan prasarana jalani ujian swab. #Darurat #PolitikMalaysia #HapusCOVID19

Angkat sumpah Biden | Hubungan China - AS dijangka semakin baik
Hubungan China dan Amerika Syarikat yang tegang sejak beberapa tahun lepas dijangka semakin baik selepas Joe Biden mengambil alih tampuk pemerintahan Amerika Syarikat.

Jualan kereta tenaga baharu meningkat 17.3 peratus di China tahun 2020
Kereta tenaga baharu terus mendapat sambutan dalam kalangan pengguna di China dengan jumlah jualan meningkat 17.3 peratus pada tahun 2020. Peningkatkan itu didorong oleh industri sokongan strategik termasuk indsutri pembuatan bateri dan pembuatan peralatan.

10 nama terpilih untuk prob Marikh pertama China
Pentadbiran Angkasa Negara China menyenarai pendek 10 nama yang sesuai bagi menamakan prob Marikh pertama negara itu. Nama yang terpilih akan diumum sehari sebelum modul angkasa Tianwen-1 mendarat di Marikh Februari nanti.

Gantung Perlembagaan tidak bantu pulihkan COVID-19 - Mohamad Hasan
Mohamad berpendapat mengisytiharkan darurat kesihatan dan memperkenalkan ordinan khusus bagi tujuan tersebut merupakan langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan.

Pembahagian kerusi Pas-UMNO, Pas- Bersatu belum dimuktamad selagi tiada tarikh PRU15
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, setakat ini sebarang pengesahan mengenai pembahagian kerusi membabitkan parti Pas masih belum dapat dibuat.

UMNO sasar tanding 96 kerusi parlimen - Tok Mat
UMNO juga akan terus mengekalkan 55 kerusi yang dimenangi pada PRU yang lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

BN terbuka terima parti lain untuk perkukuh gabungan - Tok Mat
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan berkenaan.

Muafakat Nasional jemput Bersatu bincang pengagihan kerusi PRU15
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dibuat Jawatankuasa Perundingan Kerusi dalam mesyuarat yang diadakan bersama UMNO minggu lepas.

Gagasan politik: Dakwaan Puad gambarkan pandangan negatif MT UMNO - Srikandi Muda
"Dalam merealisasikan hasrat rakyat, adalah lebih baik Mohd Puad menumpukan kepada kaedah dan penyelesaian yang lebih kemas dan progresif."

Malaysia tidak perlukan gagasan atau perikatan baharu - Mohamad Hasan
Kenyataan itu memberi gambaran Mohamad menolak idea gagasan besar yang dicadangkan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin.

PRU15: UMNO, Pas kekal bertanding kerusi yang dimenangi
Rundingan peringkat dalaman antara UMNO dan komponen BN pula telah mencapai 90 peratus selesai.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.