KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berpendapat tidak sesuai untuk berhujah bahawa Kanun Jenayah Syariah gagal membendung kes jenayah berkenaan di negeri ini.
Beliau memberitahu, Kanun Jenayah Syariah tetap penting mengekang perlakuan jenayah berkaitan.
"Peranan undang-undang untuk membendung perlakuan jenayah... Ada undang-undang pun masih banyak kes... kalau tidak ada (undang-undang), lagi banyak.
"Kita tidak boleh 'argue' undang-undang tidak berjaya kerana kita perlukan undang-undang itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa Kelantan merupakan antara negeri yang merekodkan kes jenayah seksual kanak-kanak yang tinggi, walaupun negeri itu mempunyai Kanun Jenayah Syariah.
Saifuddin mengulas kenyataan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman yang mencadangkan negara perlu mengamalkan undang-undang syariah untuk mencegah kes jenayah seksual kanak-kanak.
Dalam pada itu, Mohamad Shukri turut memberi contoh, undang-undang berkaitan dadah walaupun sudah dikuatkuasakan, namun jenayah itu belum ada jalan penyelesaian.
"Menteri berkenaan tidak perlu mengkritik undang-undang yang ditetapkan sebaliknya mendidik masyarakat menghormati undang-undang," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut terlibat secara langsung dalam proses menentukan enakmen atau kanun jenayah di negeri ini.
Katanya, undang-undang atau enakmen yang digubal perlu melalui MAIK sebelum mendapat pandangan Jemaah Ulama.
"Selepas semakan dan puas hati, kita angkat semula kepada MAIK untuk tindakan seterusnya," katanya.
Mohamad Shukri sebelum itu hadir mengiringi Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz merasmikan Maahad Tahfiz Al-Quran (Perempuan) MAIK di Pendek.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 02 2024
Mohamad Shukri berpandangan, Kanun Jenayah Syariah tetap penting mengekang perlakuan jenayah berkaitan. - Gambar fail/Bernama
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Kerajaan naikkan gaji walaupun warisi hutang
Walaupun mewarisi hutang yang besar, kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga dan membela nasib penjawat awam, untuk menaikkan gaji.
Kenaikan gaji hargai penjawat awam termasuk pasukan bomba - Anwar
Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak diingini.
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
Pesawat terhempas: Polis serah siasatan kepada CAAM
Polis serahkan kepada pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membuat siasatan berhubung pesawat ringan terhempas di Trolak, Perak.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
Tidak sesuai berhujah Kanun Jenayah Syariah Kelantan gagal - Mufti
Mufti Kelantan berpendapat tidak sesuai untuk berhujah bahawa Kanun Jenayah Syariah gagal membendung kes jenayah berkenaan di negeri ini.
Mahkamah Persekutuan putuskan 16 kesalahan Kanun Jenayah Syariah Kelantan batal, tidak sah
Dengan keputusan itu, Badan Perundangan Negeri Kelantan tidak mempunyai bidang kuasa menggubal 18 peruntukan undang-undang itu.
Terlalu awal bercakap soal Rang Undang-undang 355 - Mohd Amar
Dalam masa dua bulan ini tidak boleh terlalu mengharapkan suatu benda yang besar.