awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak wujud 'pilih kasih' di semua Tabika Kemas

Bernama
Bernama
01/10/2020
22:29 MYT
Tidak wujud 'pilih kasih' di semua Tabika Kemas
Kanak-kanak taska memulakan sesi pembelajaran ketika tinjauan di Tabika dan Taska Kemas Bunga Raya Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya, 1 Julai, 2020. - Gambar hiasan BERNAMA
KUALA LUMPUR:Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memberi jaminan tidak wujud istilah 'pilih kasih' dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sekiranya Tabika Kemas M40 ditubuhkan.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata ini meliputi modul, bahan pengajaran, kemudahan dan tenaga pengajar, seperti mana yang dilaksanakan di semua premis Tabika Kemas pada masa kini.
"Kementerian mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak berkaitan cadangan mewujudkan Tabika Kemas untuk kumpulan M40.
"Cadangan ini merupakan usaha kementerian menerusi Kemas dalam membuka peluang kepada ibu bapa berpendapatan M40 menghantar anak-anak mereka bagi menangani isu kuota kemasukan di Tabika Kemas sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Abdul Rahman berkata tujuan asal pewujudan Tabika Kemas adalah untuk menawarkan peluang pendidikan awal bagi masyarakat berpendapatan rendah pada tahun 70-an, namun setelah hampir 30 tahun beroperasi, hasil kajian mendapati jumlah permohonan kemasukan semakin meningkat khususnya dari kumpulan M40.
Katanya, cadangan itu bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan dan kajian di pihak Kemas untuk dibentangkan di peringkat kabinet bagi mewujudkan Tabika Kemas kumpulan M40.
"Pihak kementerian akan mengenal pasti nama Tabika Kemas M40 yang sesuai setelah dibentangkan dan mendapat kelulusan dari kabinet," katanya.
Beliau berkata kementerian yakin masyarakat memandang tinggi keupayaan dan kemampuan dalam pengendalian operasi Tabika Kemas sebagai institusi yang bertanggungjawab dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak.
"Buktinya, Tabika Kemas menerima dua kali Anugerah Jenama Paling Dipercayai dalam Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak oleh Reader's Digest pada 2017 dan 2020, yang menunjukkan Tabika Kemas adalah pilhan utama ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan awal berkualiti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kemajuan Masyarakat
#pendidikan
#Tabika Kemas
#M40
#Kanak-kanak
#Abdul Rahman Mohamad
#operasi
#kabinet
#menteri
#kuota kemasukan
#elit
#pilih kasih
#anugerah
#jenama paling dipercayai
#pendidikan awal
#pendapatan rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan