awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Retorik perkauman, antipendatang dorong doktor asing tinggalkan UK
Wanita didakwa selepas 15 kg methamphetamine dirampas di Lapangan Terbang Sydney
Ahli pengakap berperanan jadi ejen keamanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ADUN angkat sumpah jawatan ahli jemaah menteri Sabah

Bernama
Bernama
11/01/2023
02:59 MYT
Tiga ADUN angkat sumpah jawatan ahli jemaah menteri Sabah
Tun Juhar menyaksikan (dari kiri) James, Liew dan Phoong mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu Kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu, hari ini. Turut hadir, Hajiji. --fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu Kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.
Ahli Jemaah Menteri baharu Kerajaan Sabah mengangkat sumpah adalah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang juga ADUN Api-Api Datuk Christina Liew, Phoong Jin Zhe daripada DAP (Luyang), dan James Ratib daripada Barisan Nasional (Sugut).
Ketiga-tiga ADUN berkenaan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan kemudian menandatangani surat sumpah jawatan masing-masing disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Ismail Brahim.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri ll Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun juga Menteri Kewangan II negeri.
BACA: Istiadat angkat sumpah kabinet baharu Sabah?
Pada 6 Jan lepas, Hajiji mengesahkan bahawa barisan Ahli Kabinet Kerajaan Sabah akan dirombak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kabinet Sabah
#angkat sumpah
#ADUN Sabah
#Istana Seri Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan