KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiga Ahli Parlimen UMNO keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana mahu menyelamatkan diri daripada disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahmad Zahid berkata ketiga-tiga Ahli Parlimen itu adalah antara ahli UMNO yang memenangi kerusi Parlimen pada PRU14.
"Individu pertama melompat parti adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah yang kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya difahamkan dia diberi amanah untuk mengendalikan dana pilihan raya umum (PRU) tetapi wang itu tidak digunakan untuk PRU bagi pergerakan Puteri UMNO.
"Malah, wang tersebut telah dikeluarkan daripada tabung dan dimasukkan ke akaun lain untuk tujuan peribadi dan wang itu tidak digunakan untuk jentera Puteri. Ini diketahui bukan sahaja oleh kepimpinan tertinggi UMNO dan Puteri tetapi apabila siasatan akan dilakukan, maka cara untuk selamatkan diri adalah dengan sertai PPBM yang ketika itu sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan dan akhirnya orang itu selamat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya Datuk Ahmad Zaidi Zainal semasa membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi (YAB).
Ahmad Zahid berkata seorang lagi adalah menteri mewakili kawasan Jeli yang sebelum PRU14 merupakan pengerusi badan perhubungan UMNO Kelantan dan diberikan amanah untuk mengendalikan urusan jentera parti.
"Sebahagian wang itu sepatutnya digunakan untuk urusan logistik dan bawa pengundi yang bekerja atau bermastautin di Lembah Klang untuk kembali mengundi di Kelantan. Saya diberitahu bahawa RM30 juta wang itu tidak dibelanjakan untuk logistik tetapi saya ada maklumat bahawa ia diberi kepada isterinya untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadi," katanya.
Semasa Ahmad Zahid mahu menyatakan nama Ahli Parlimen ketiga, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran bangun dan membantah dengan menyatakan bahawa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak boleh mengaitkan amalan menyeleweng dana YAB dengan mana-mana pihak kecuali individu itu dipanggil di mahkamah untuk memberi keterangan.
"Ia adalah keterangan dengar cakap dan tidak boleh diterima melainkan mereka dipanggil sebagai saksi," kata Raja Rozela.
Seorang lagi peguam yang mewakili Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik berkata mahkamah adalah tempat yang tepat untuk anak guamnya bercakap benar bagi membela dirinya.
"Beliau berdepan pertuduhan serius dan mesti diberi ruang untuk pembelaannya," katanya.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian berkata beliau memahami isu 'dengar cakap' yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan dan sama ada ia dibenarkan atau tidak, ia akan ditentukan kemudian.
"Tetapi buat masa ini saya bersetuju untuk memberikan sedikit ruang kepada mereka (pihak pembelaan) membela diri dengan mengemukakan pembelaan yang sewajarnya," kata hakim itu sebelum mahkamah ditangguhkan seketika.
Semasa menyambung keterangannya, Ahmad Zahid berkata individu ketiga adalah Ahli Parlimen Bagan Serai yang diberikan dana pembangunan untuk kawasannya tetapi terdapat beberapa dokumen yang beliau (Ahmad Zahid) lihat sendiri bahawa peruntukan tersebut telah dijalankan oleh adiknya sebagai pegawai khas.
"Ada penyelewengan dan atas kekhuatiran siasatan dan tuduhan akan dikenakan ke atas beliau (Ahli Parlimen Bagan Serai) saya tahu sendiri bahawa dia ambil keputusan untuk lompat ke PPBM," jelasnya.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata beliau mempunyai fakta dan bukti mengenai perkara yang beliau sebutkan kerana pada masa itu beliau memegang jawatan Presiden UMNO selepas Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatannya.
Terdahulu, Ahmad Zahid berkata beliau memulakan kerjaya politiknya dari bawah dengan belajar tatacara politik dan bukan melalui jalan pintas.
"Saya belajar tatacara politik, saya tidak pernah masuk politik melalui tingkap, saya melalui tangga politik dari bawah. Oleh itu, saya memahami etika dan budaya politik dalam parti yang saya nakhodai," katanya.
Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak pernah merancang untuk memegang sebarang jawatan dalam politik tetapi ia adalah di atas restu Allahyarham ibunya yang memintanya untuk kerap pulang ke kampungnya di Bagan Datuk.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022
Ahmad Zahid (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini untuk perbicaraan membela diri atas 47 pertuduhan rasuah membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi (YAB) berjumlah RM65 juta. - Foto BERNAMA
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.