awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga banduan yang ditahan semula direman 7 hari

Bernama
Bernama
13/01/2013
07:58 MYT
Tiga banduan yang ditahan semula direman 7 hari
Tiga tahanan yang ditahan semula selepas meloloskan diri dari polis Isnin lalu, hari ini ditahan reman tujuh hari.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Sarah Abdul Rahim selepas pegawai penyiasat, ASP Md Zailani Md Zain mengemukakan permohonan itu.
Ketiga-tiga suspek Mohamad Farid Akhtar, 24, Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, dan Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, ditahan semula enam hari selepas polis melancarkan gerakan memburu ke atas tujuh tahanan yang melarikan diri semasa dalam perjalanan dari penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth pada 9 pagi Isnin.
Mohamad Farid, ditahan ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Seman pada pukul 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada pukul 10 malam, semalam.
Mohamad Khairulnizam pula ditahan dalam sebuah kafe internet di Berapit, Bukit Mertajam dekat sini, awal hari ini.
Dalam kejadian 9 pagi Isnin lepas, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.
Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.
Mereka yang masih diburu ialah Hamzani Harun, 37 dan Hisham Abdul Rahman, 39.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Hanafi
#Bukit Mertajam
#Ketua Polis Pulau Pinang
#Lolos
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan