awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga calon SPM ditahan curi EX5

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2024
02:20 MYT
Tiga calon SPM ditahan curi EX5
Tangkapan dijalankan membawa kepada rampasan empat rangka motosikal yang dijumpai di dalam anak sungai di Pasir Puteh. - Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Polis menumpaskan geng curi motosikal jenis Honda EX5 selepas menahan tiga pelajar Tingkatan Lima yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam serbuan di sini pada Sabtu.
Mereka yang berusia 17 tahun itu ditahan bersabit kesalahan mencuri motosikal yang berlaku di daerah Pasir Puteh, Kelantan dan Besut, Terengganu.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dalam beberapa kes curi motosikal bermula dari Disember 2023 hingga Januari ini dengan menyasarkan motosikal jenis Honda EX5.
"Modus operandi yang digunakan dengan mencuri motosikal yang ditinggalkan di kawasan sawah padi sebelum dileraikan dan mengambil komponen untuk diniagakan.
"Tangkapan yang dijalankan juga telah membawa kepada rampasan empat rangka motosikal yang dijumpai di dalam anak sungai di Pasir Puteh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, hasil semakan yang dijalankan terhadap rangka yang dijumpai mendapati kesemuanya masih dilaporkan hilang.
Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Zaizul Rizal memberitahu, hasil ujian air kencing terhadap ketiga-tiga remaja tersebut didapati negatif dadah.
"Kesemua mereka juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
"Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula 7 hingga 10 Januari telah dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Pasir Puteh untuk siasatan lanjut terhadap kesemua suspek," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#curi motosikal
#calon SPM
#Honda EX5
#Polis Pasir Puteh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan