awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga daripada lima tahanan yang lolos Isnin lalu berjaya ditahan polis

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2013
00:56 MYT
Tiga daripada lima tahanan yang lolos Isnin lalu berjaya ditahan polis
Tiga daripada lima tahanan yang lolos Isnin lalu berjaya ditahan polis pada malam tadi dan awal pagi ini.
Mereka ditahan di tiga lokasi berasingan sekitar Bukit Bendera dan Berapit, Pulau Pinang.
Mereka ialah Farid Aktar, Mohd Shahrimy Mat Nor dan Mohd Khairul Nizam Mohd Rani.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat orang awam.
Mereka dikatakan keluar dari tempat persembunyian bagi meminta makanan dan pertolongan penduduk setempat.
Katanya Farid ditahan ketika meminta makanan di Kampung Petani, Bukit Indera Muda kira-kira jam 9 malam.
Manakala Mohd Shahrimy Mat Nor pula menyerah diri di pasar awam Penanti sekitar 10 malam.
Sementara Mohd Khairul Nizam Mohd Rani ditahan di sebuah kedai internet di Berapit kira-kira 1.15 pagi.
Dengan penahanan ketiga-tiga suspek itu, polis masih memburu dua lagi tahanan yang masih bebas iaitu Mohd Hisham Abdul Rahman dan Hamizani Harun.
7 Januari lalu, 9 tahanan berjaya meloloskan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth selepas bertindak memukul anggota polis dan merampas van dan meninggalkannya di Padang Chempedak.
Dua daripada mereka ditahan semula pada hari kejadian.
Manakala Fairuz Adam atau Joe Mafia dan Mohd Noor Mustaffa ditembak mati dalam kejadian tembak menembak di Padang Ibu , Bukit Mertajam pada Khamis lalu.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Hanafi
#Bukit Mertajam
#Ketua Polis Pulau Pinang
#Lolos
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan