awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga dewan bedah Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah beroperasi sepenuhnya sejak 5 Jun

Bernama
Bernama
07/06/2024
04:15 MYT
Tiga dewan bedah Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah beroperasi sepenuhnya sejak 5 Jun
Pada hari pertama operasi dua pesakit dewasa dan dua pesakit kanak-kanak selamat menjalani prosedur. - Foto FB Dr Dzulkefly Ahmad
KUALA LUMPUR: Tiga dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah di Serdang telah beroperasi sepenuhnya sejak dua hari lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Ringkasan AI
  • Tiga dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah di Serdang telah beroperasi sepenuhnya sejak dua hari lepas.
  • Pada hari pertama operasi, dua pesakit dewasa dan dua pesakit kanak-kanak telah selamat menjalani prosedur, diikuti tiga pesakit dewasa dan dua kanak-kanak pada hari kedua.
  • Semua isu berkenaan suhu dan kelembapan di pusat tersebut telah dapat diatasi. Dewan bedah keempat di pusat jantung itu sedang dalam penyelarasan dan dijangka dapat beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat.
  • Sebelum ini, pusat tersebut yang dibuka pada Disember 2022 dilaporkan berdepan beberapa isu teknikal, termasuk masalah bekalan elektrik.

Beliau berkata pada hari pertama operasi dua pesakit dewasa dan dua pesakit kanak-kanak selamat menjalani prosedur, diikuti tiga pesakit dewasa dan dua kanak-kanak pada hari kedua.
"Segala isu berkenaan suhu dan kelembapan telah dapat diatasi," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Dr Dzulkefly berkata dewan bedah keempat di pusat jantung itu pula sedang dalam penyelarasan, dan ia dijangka dapat beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat.
Beliau seterusnya mengucapkan syabas kepada pasukan pusat jantung itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, warga Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya yang bertungkus-lumus menjayakan operasi pusat berkenaan.
Sebelum ini Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah Serdang yang dibuka pada Dis 2022 itu dilaporkan berdepan beberapa isu teknikal, termasuk masalah bekalan elektrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dewan bedah
#Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah
#Dzulkefly Ahmad
#Serdang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan