Skip to main content

Malaysia

Tiga direman bantu siasatan dakwaan salah guna kuasa libat kontrak MAIWP Labuan RM2.6 juta

81764744533_TBgari.jpg
Tiga individu, termasuk seorang penolong jurutera kanan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan bernilai RM2.6 juta. - Gambar hiasan

LABUAN: Tiga individu, termasuk seorang penolong jurutera kanan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan bernilai  RM2.6 juta.

Majistret Dr Melissa Chia mengeluarkan perintah reman itu yang berkuat kuasa hari ini sehingga 12 Mei susulan permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan, Andrew Alexander Malibin.

Advertisement

Mengikut fakta kes, penolong jurutera kanan itu didakwa menyalahgunakan jawatannya dengan menggunakan lesen kontraktor utama untuk melantik syarikat subkontraktor yang berkaitan dengan ahli keluarganya bagi menjalankan kerja pengurusan kemudahan dan penyelenggaraan di Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, yang merujuk kepada kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

Dua individu lain yang direman ialah pemilik SD Smart Legacy dan pemilik A&A Victorian Ventures.

Ketiga-tiga mereka ditahan pada 5 Mei selepas merekodkan keterangan di pejabat SPRM, di sini,

--BERNAMA

 

 

Must Watch Video