awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki

Bernama
Bernama
05/05/2024
12:45 MYT
Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul di Taman Lian Seng, Jumaat lepas. - Gambar hiasan
KLUANG: Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul di Taman Lian Seng di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada orang awam pada 9.30 malam hari yang sama.
"Kesemua lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan di Jalan Ladang Nenas Simpang Renggam di sini dan sekitar kawasan Iskandar Puteri pada 1.15 pagi, semalam.
"Siasatan awal mendapati mangsa dipukul menggunakan senjata tumpul seperti besi dan alatan bengkel motosikal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa yang mengalami luka seluruh badan termasuk retak pada dagu sedang dirawat di sebuah hospital.
"Seorang daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau manakala kesemuanya negatif terhadap dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya dan menambah pihaknya sedang mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai turut terbabit kejadian itu.
Sebelum ini, tular beberapa rakaman video memaparkan kejadian berkenaan membabitkan beberapa individu yang dilihat memukul seorang lelaki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#pukul
#Taman Lian Seng
#Polis Daerah Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan