Tiga dokumen, termasuk Deklarasi Kuala Lumpur Berorientasikan Rakyat dan Berpaksikan Rakyat ASEAN, sudah sedia untuk diterima pakai oleh pemimpin ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 pada Ahad dan Isnin ini di Kuala Lumpur dan Langkawi.
Dua lagi Deklarasi Langkawi ialah mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global dan Deklarasi ASEAN Bagi Menginstitusikan Daya Tahan ASEAN dan Komuniti serta Rakyat Terhadap Bencana dan Perubahan Iklim.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Deklarasi Kuala Lumpur Berorientasikan Rakyat dan Berpaksikan Rakyat ASEAN, bermatlamat menjadi deklarasi berinspirasi dan rangka kerja untuk digunakan sebagai dokumen penting Komuniti ASEAN pasca 2015.
"Tumpuan deklarasi ialah ke atas penduduk dan alam sekitar bagi pembangunan lestari di rantau ini," katanya pada sidang media menjelang sidang kemuncak itu di sini hari ini.
Anifah berkata deklarasi itu adalah selari dengan objektif dan aspirasi Agenda pasca 2015 Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang 'menempatkan rakyat dan bumi sebagai pusat pembangunan lestari.
Anifah berkata deklarasi Langkawi bermatlamat mengukuhkan perpaduan dan kesepaduan, dan peranan pentingnya dalam mengekalkan dan menggalakkan keamanan, kestabilan, harmoni dan kemakmuran di rantau ini.
Deklarasi ASEAN menekankan pentingnya membangunkan Komuniti ASEAN yang berdaya tahan terhadap bencana dan perubahan iklim, melihat daya tahan sebagai proses dan hasil pelbagai penyatuan, katanya.
Ini adalah selari dengan perakuan mengenai pentingnya meningkatkan kerjasama dalam Pengurusan Bencana dan Respons Kecemasan ASEAN dengan mengambil kira bencana berkaitan malapetaka semula jadi yang menyebabkan kematian yang besar, kerosakan dan penderitaan masyarakat di rantau ini, katanya.
Anifah berkata pada sesi pleno, pemimpin akan membincangkan penubuhan Komuniti ASEAN, kemajuan Wawasan Komuniti ASEAN Pasca 2015 serta hubungan luar dan arah tuju masa depan.
Pada peringkat pemukiman, pemimpin akan membincangkan topik Pemusatan ASEAN, impak krisis kewangan dan kelembapan ekonomi di rantau ini dan respons ASEAN, perubahan iklim dan pengurusan bencana selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa kepentingan bersama, katanya.
Sidang Kemuncak ASEAN akan didahului beberapa Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN pada Ahad (26 April).
Anifah berkata pemimpin ASEAN juga dijadual mengadakan pertemuan berasingan dengan wakil Persidangan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) dan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dan Belia ASEAN (ABAC).
Sempena sidang kemuncak itu pelbagai acara sampingan turut dijalankan termasuk Forum untuk isteri ketua-ketua Kerajaan/Negara ASEAN dan Forum Kepimpinan ASEAN ke-12 anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan pelancaran syiling kenang-kenangan sempena Malaysia mempengerusikan ASEAN 2015.
Bernama
Fri Apr 24 2015
ANIFAH: Tiga dokumen akan diterima pakai pada sidang kemuncak ASEAN - Gambar fail
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu keresahan akibat pemecahan ekonomi global
Mesyuarat pertama ABAC 2024 beri tumpuan kepada keresahan yang mendalam berkenaan tekanan daripada pemecahan ekonomi global.
APEC tidak boleh goyah dalam menyokong kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Katanya, platform tersebut mesti meningkatkan manfaat perjanjian perdagangan pelbagai hala.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi serantau
Mesyuarat tiga hari bermula semalam menjadi platform dialog kepada usaha untuk meredakan tekanan ekonomi yang melanda rantau ini.
Pegawai kanan APEC cari platform perkongsian maklumat COVID-19
Pandemik ini telah menjejaskan kira-kira 5 juta orang dan menyebabkan ribuan terkorban sehingga dunia terpaksa membuat sekatan dan penjarakan sosial.
Ekonomi ASEAN tumbuh 5.6 peratus setahun sehingga 2019 - Najib
ASEAN dijangka mencatat keluaran dalam negara kasar tahunan pada purata 5.6 peratus hingga 2019, susulan pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.