awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KTMB tawar tambang percuma, tren 24 jam sempena Thaipusam
Mainoo kekal di Old Trafford, kepercayaan Carrick ubah masa depan bintang muda United
Mat Sabu selar tindakan beberapa negara Islam sertai Perjanjian Abraham
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga feri penumpang musnah terbakar di limbungan Bukit Malut, Langkawi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/01/2026
01:00 MYT
Tiga feri penumpang musnah terbakar di limbungan Bukit Malut, Langkawi
Tiga buah feri yang sedang menjalani kerja-kerja penyelenggaraan di limbungan pembaikan kapal di Bukit Malut. Langkawi, musnah dalam kebakaran malam tadi. - Gambar ihsan JBPM
LANGKAWI: Sebanyak tiga buah feri yang sedang menjalani kerja-kerja penyelenggaraan di limbungan pembaikan kapal di Bukit Malut. di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.
Ketua Zon 4 Langkawi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Mohd Zamri Abd Ghani berkata, dalam kejadian 9.35 malam itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Sebanyak empat buah jentera bomba digerakkan, masing-masing tiga dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dan dua dari BBP Langkawi bersama 23 anggota digerakkan ke lokasi.
"Sebaik tiba di lokasi, mendapati kebakaran membabitkan tiga feri yang berlabuh berdekatan antara satu sama lain.
"Dua feri terbakar dengan kadar kemusnahan dianggarkan sebanyak 80 peratus dan hanyut sejauh kira-kira 50 meter (m), manakala sebuah lagi feri terbakar sekitar lima peratus.
"Dua feri lain yang berlabuh berhampiran berjaya diselamatkan, manakala sebuah lagi feri ditarik keluar dan ditempatkan di boya terapung," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mohd Zamri berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos sepanjang 91 m dengan dua pancutan air yang dibekalkan daripada tangki jentera bomba.
"Dalam operasi itu, sebuah feri yang terbakar ditarik ke tebing dengan bantuan bot nelayan, manakala sebuah lagi feri yang terbakar dengan api marak dibiarkan padam sendiri," katanya.
Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 11.07 malam sebelum operasi ditamatkan pada 2.10 pagi.
Bagaimanapun, katanya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihaknya.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#dermaga
#feri penumpang
#Bukit Malut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan