awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga individu direman empat hari bantu siasatan kes tuntutan palsu

Bernama
Bernama
09/02/2022
05:56 MYT
Tiga individu direman empat hari bantu siasatan kes tuntutan palsu
Dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 hingga 50 tahun itu ditahan semalam bersama tiga lagi individu yang telah dilepaskan dengan jaminan SPRM. - Astro AWANI
GEORGE TOWN: Tiga individu termasuk pembantu seorang pegawai khas direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan tuntutan palsu lebih RM80,000 berkaitan program melibatkan golongan penjaja.
Perintah reman bermula hari ini hingga 12 Februari itu dikeluarkan Majistret R. Manomani selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman bagi siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 hingga 50 tahun itu ditahan semalam bersama tiga lagi individu yang telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Mereka hadir di ibu pejabat SPRM negeri semalam untuk memberi keterangan berhubung dakwaan mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pembekalan peralatan melibatkan enam syarikat sedangkan program pada 2020 tersebut tidak dilaksanakan.
Ketiga-tiga individu itu tiba di Kompleks Mahkamah George Town pada 10.15 pagi dengan berpakaian lokap SPRM dan mereka ditahan di lokap SPRM Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#tuntutan palsu
#penjaja
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan