awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga juta benih udang galah dilepaskan di perairan Melaka

Bernama
Bernama
12/01/2025
21:00 MYT
Tiga juta benih udang galah dilepaskan di perairan Melaka
Ab Rauf berkata usaha itu bertujuan meningkatkan bekalan sumber perikanan khususnya udang galah di negeri itu sekali gus menampung permintaan setempat. - Foto Facebook/Ab Rauf Yusoh
ALOR GAJAH: Sebanyak tiga juta benih udang galah akan dilepaskan secara berperingkat di perairan umum sekitar Melaka dengan kerjasama Jabatan Perikanan tahun ini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata usaha itu bertujuan meningkatkan bekalan sumber perikanan khususnya udang galah di negeri itu sekali gus menampung permintaan setempat.
Beliau berkata inisiatif berkenaan juga bagi meningkatkan bekalan hasil kepada golongan pemancing terutama di kawasan Paya Lebar yang terkenal sebagai 'syurga udang galah'.
"Daripada tiga juta benih udang galah yang akan dilepaskan, dijangka 25 peratus dapat membiak dan ditangkap sebagai stok makanan dalam tempoh enam bulan kemudian.
"Hari ini sahaja, sebanyak 100,000 benih udang galah telah dilepaskan di Pangkalan Nelayan Jeti Paya Lebar, Lubok China sempena Program Pelepasan Benih Udang Galah," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Pertanian Peringkat Parlimen Masjid Tanah 2025 yang turut dihadiri Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
Dalam perkembangan lain, Ab Rauf berkata program atau karnival pertanian akan diperluas di seluruh negeri itu dalam usaha kerajaan mentransformasi dan memperkasakan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.
Beliau berkata penganjuran program seumpama itu juga secara tidak langsung memantapkan industri pertanian dan agromakanan negara selain menjadi platform pengumpulan serta penjualan produk asas tani dan makanan secara terus kepada rakyat setempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#benih udang galah
#dilepaskan
#perairan Melaka
#jabatan perikanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan