SEREMBAN: Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun ini ditetapkan pada tiga kadar berbeza iaitu RM7, RM10 dan RM21.
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam kenyataan memaklumkan kadar tersebut berdasarkan kajian harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri ini, iaitu kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.751 kilogram.
"Bagi menjunjung titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, dimaklumkan ketetapan Pewartaan Kadar Zakat Fitrah tahun 1444H/2023M adalah RM7 bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya daripada jenis Super Special Tempatan lima peratus.
"Kadar RM10 bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya daripada jenis beras Super Import, Super Wangi dan Herba Ponni manakala RM21 bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya daripada jenis beras Super Basmathi," menurut kenyataan itu.
MAINS memaklumkan pembayaran secara bersemuka boleh dilakukan di kaunter zakat di pejabat MAINS daerah dan cawangan; menerusi amil zakat fitrah bertauliah di masjid dan surau terpilih di seluruh negeri atau di kaunter pembayaran zakat fitrah di lokasi terpilih.
Selain itu, pembayaran secara dalam talian pula boleh dilakukan menerusi portal rasmi MAINS di www.zakatns2u.biz/fitrah, aplikasi MAINS, aplikasi MyEG, aplikasi SnapNpay dan perbankan internet melalui JomPay.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Kadar tersebut berdasarkan kajian harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri ini, iaitu kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.751 kilogram. -Foto MAINS

Lebih 100,000 dijangka meriahkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023
Penganjuran karnival tersebut diadakan sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.

Bekas ADUN Paloh ditidurkan akibat komplikasi demam denggi
Nozula yang berusia 66 tahun ditidurkan sejak 3 petang semalam selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada beliau dan ahli keluarga yang lain.

Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.

Malaysia kekal di tangga 36 dalam laporan GII 2023, skor meningkat
Malaysia juga menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China dalam kalangan 36 upper-middle income countries dengan kenaikan satu tangga berbanding 2022.

Pengendali DuitNow QR sahkan caj transaksi kuat kuasa 1 November
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali DuitNow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November depan.
[TERKINI] Pengendali Duitnow QR sahkan caj transaksi kuat kuasa 1 November
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet), pengendali Duitnow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November.

Zakat Melaka sasar kutipan zakat fitrah RM5.8 juta tahun ini
Jumlah pembayar zakat fitrah pada tahun lepas meningkat kepada 673,673 orang berbanding 661,703 orang pada 2021.

Kadar zakat fitrah yang wajib dibayar tahun ini
Kadar zakat fitrah adalah berdasarkan ketentuan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri.

Tiga kadar zakat fitrah ditetapkan di Negeri Sembilan
Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun ini ditetapkan pada tiga kadar berbeza iaitu RM7, RM10 dan RM21.

Kadar zakat fitrah di Pahang RM7, RM14, RM21
Kadar minimum zakat fitrah di Pahang tahun ini ditetapkan RM7, namun umat Islam negeri ini digalakkan menunaikan kewajipan itu dengan menggunakan harga beras dimakan iaitu RM14 dan RM21.

Perlis tetapkan zakat fitrah RM7
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan bayaran zakat fitrah di negeri ini kekal dengan kadar RM7.

Kadar zakat fitrah di Kedah bermula RM6.50
Empat kadar bayaran zakat Fitrah ditetapkan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melibatkan penduduk di negeri itu pada tahun ini berbanding hanya tiga tahun lalu.

Kadar zakat fitrah Perak kekal tiga pilihan RM7, RM14, RM21
Kadar minima yang perlu dibayar oleh setiap individu yang berkewajipan adalah RM7.

Kadar zakat fitrah Terengganu naik, 3 kategori diperkenal
MAIDAM menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini pada tahun ini adalah RM8, RM10 dan RM24 seorang.

Kelantan tetap kadar zakat fitrah RM7
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar zakat fitrah sebanyak RM7 pada tahun ini.

Kadar zakat fitrah di Sabah kekal RM7 - MUIS
Kadar berkenaan ditetapkan berasaskan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang digunakan majoriti penduduk negeri itu.