awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alam Flora kutip 3.2 tan sampah di KL pada sambutan Ambang Tahun Baharu
Johor perhebat penganjuran lebih 100 program pelancongan sempena VJY2026 dan TMM2026
ONSA perkukuh keselamatan pengguna, platform digital - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kenderaan musnah bengkel terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2021
23:15 MYT
Tiga kenderaan musnah bengkel terbakar
Sebuah Mini Cooper dan dua kepala treler musnah terbakar. -Foto Sinar Harian
KLANG: Tiga kenderaan termasuk sebuah kereta jenis Mini Cooper musnah dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel di Lebuhraya Shapadu, Bandar Bukit Raja di sini pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.24 tengah hari.
"Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira enam minit kemudian.
"Api sedang marak sebelum dapat dikawal namun tidak melibatkan mangsa. Tiga kenderaan musnah iaitu dua kepala treler dan sebuah kereta Mini Cooper," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Selasa.
Tambah beliau, operasi pemadaman melibatkan 15 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Kapar dan Shah Alam.
Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bengkel
#Mini Cooper
#Norazam Khamis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan