Sebanyak tiga kes wabak Chikungunya dilaporkan berlaku di Kampung Baru Simpang Pulai, Kinta di sini sejak 18 Julai sehingga Selasa lepas.
Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, kes itu melibatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan dua lelaki berusia 47 dan 67 tahun.
"Dua pesakit telah mendapatkan rawatan di wad sebuah hospital swasta di Ipoh manakala seorang lagi telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
"Semua pesakit berada dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan pulang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan dan penghapusan tempat pembiakan (PTP) secara berterusan ke atas 89 rumah di kampung berkenaan dalam usaha membendung penularan wabak itu.
Pengesanan kes secara aktif (ACD) ke atas 912 penduduk di kampung itu yang telah disaring mendapati tiada kes baharu yang dikesan.
Pihak Jabatan Kesihatan juga menjalankan aktiviti 'Larvaciding', Semburan Ruang Thermal (SRT) meliputi 268 buah premis dan Semburan Ultra Low Volume (ULV) meliputi 350 buah premis di sekitar kawasan wabak.
"Aktiviti pendidikan kesihatan seperti nasihat individu, tunjuk cara, edaran risalah dan hebahan awam telah dijalankan di situ," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut, aktiviti kawalan dan pencegahan akan terus dilakukan di lokasi wabak Chikungunya terbabit dengan merancang aktiviti gotong-royong bagi memutuskan rantaian penularan penyakit itu di kampung berkenaan, esok.
Vektor pembawa penyakit Chikungunya adalah nyamuk Aedes iaitu nyamuk yang sama menyebarkan jangkitan demam denggi.
Jabatan Kesihatan ingin menasihatkan masyarakat supaya sentiasa peka dengan kebersihan di tempat kediaman dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekitar rumah dengan tidak menyimpan takungan yang boleh menjadi pembiakan nyamuk Aedes, seperti tong-tong yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Masyarakat kampung terbabit juga dinasihatkan supaya mengamalkan kaedah perlindungan diri dari gigitan nyamuk seperti penggunaan 'repellen' serangga apabila berada di luar rumah, terutama pada pukul 5.00 pagi hingga 7.00 pagi dan 5.00 petang hingga 7.00 petang serta memakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang yang berwarna cerah.
"Masyarakat diminta memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Kesihatan semasa menjalankan aktiviti semburan dengan membuka pintu dan tingkap rumah. Orang ramai juga boleh menggunakan semburan aerosol dan lingkaran nyamuk untuk membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah," katanya.
Orang ramai diminta segera menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan rawatan daripada fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami demam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2019

Vektor pembawa penyakit Chikungunya adalah nyamuk Aedes iaitu nyamuk yang sama menyebarkan jangkitan demam denggi.
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.

Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.

Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.

Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.