awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lagi rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja dihantar pulang

Bernama
Bernama
22/08/2025
12:00 MYT
Tiga lagi rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja dihantar pulang
Kementerian Luar turut menegaskan semula komitmennya untuk melindungi rakyat Malaysia di luar negara, dengan menekankan bahawa aspek keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan warganegara tetap menjadi keutamaan utama. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tiga lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja akan dihantar pulang pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa sekumpulan 30 rakyat Malaysia yang dikenal pasti sebagai mangsa sindiket penipuan pekerjaan telah dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Sihanoukville pada awal minggu ini.
"Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan ini, tiga lagi rakyat Malaysia akan dihantar pulang hari ini (22 Ogos), melalui laluan yang sama.
"Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, terus aktif memantau keadaan semua mangsa dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa di Malaysia dan Kemboja dalam memudah cara siasatan, menyediakan sokongan psikososial, serta meneruskan usaha menyelamat dan menghantar pulang rakyat Malaysia yang masih terperangkap dalam sindiket berkenaan," menurut Wisma Putra.
Semasa proses penghantaran pulang itu, pegawai kedutaan turut berada di lapangan terbang untuk memberikan bantuan konsular, termasuk membantu urusan imigresen dan dokumentasi perjalanan, menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan serta menguruskan kebajikan mangsa sebelum berlepas.
Kementerian Luar turut menegaskan semula komitmennya untuk melindungi rakyat Malaysia di luar negara, dengan menekankan bahawa aspek keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan warganegara tetap menjadi keutamaan utama.
Kemboja dilaporkan telah memperhebatkan kempennya untuk membanteras aktiviti penipuan dalam talian di negara itu sejak Julai. Lebih 3,000 mangsa dari pelbagai negara telah dihantar pulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#penipuan dalam talian
#sindiket
#Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan