Tiga lagi suspek yang ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan berhubung projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion dibebaskan pagi tadi dengan ikat jamin antara RM50,000 hingga RM500,000.
Majistret Stephanie Sherron Abbie memerintahkan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini dengan adiknya yang bergelar Datuk, masing-masing dibebaskan dengan ikat RM500,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin.
Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan SPRM berhubung kes berkenaan berkata seorang lagi suspek yang merupakan akauntan kepada Datuk berkenaan pula dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin.
Menurut sumber berkenaan, kesemua suspek akan dipanggil semula untuk membantu siasatan pada bila-bila masa sekiranya perlu.
"Siasatan masih dijalankan dan akan dilengkapkan secepat mungkin sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," menurutnya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Semalam seorang pengarah jabatan yang sama dengan timbalan pengarah berkenaan turut dibebaskan daripada tahanan reman, juga dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit dengan dua penjamin.
Pada 11 Okt lepas, SPRM dibenarkan menahan reman pengarah itu selama lima hari lagi manakala tiga suspek yang lain dibenarkan ditahan reman tujuh hari lagi selepas tempoh tahanan reman tujuh hari mereka sejak 5 Okt lalu tamat.
Setakat ini SPRM telah merakam percakapan 82 saksi berhubung siasatan kes itu.
Ketika keempat-empat suspek ditahan pada 4 Okt lalu, SPRM antara lain turut merampas wang tunai lebih RM114.5 juta, barang kemas bernilai RM3.64 juta dan 127 geran tanah dianggarkan bernilai RM30 juta.
Pada Jumaat lalu pula, timbalan pengarah jabatan kerajaan berkenaan yang bersara tahun lalu ditahan SPRM serta merampas dua buah kenderaan mewah bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan projek infrastruktur itu.
Dia masih direman selama enam hari.
Siasatan kes akan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM, Seksyen 17(a) Akta SPRM, Seksyen 23 Akta SPRM, Seksyen 132 Akta Syarikat, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram. -Bernama
Bernama
Mon Oct 17 2016

Tiga suspek yang ditahan SPRM berhubung dakwaan penyelewengan projek infrastruktur RM3.3 bilion dibebaskan pagi tadi dengan ikat jamin antara RM50,000 hingga RM500,000. -Gambar fail

Jejak Al-Haramain: Che Lah sempat bergambar sebagai kenangan
Allahyarham suka bergambar sejak di Madinah lagi dan sering menggunakan alasan sebagai kenangan peribadi.
Kementerian Perpaduan Negara lulus RM2.1 juta untuk program misi Sukarelawan Siswa
Kementerian Perpaduan Negara meluluskan RM2.1 juta bagi memperkasa program MADANI Berkhidmat Sukarelawan Siswa dan inisiatif kesukarelawanan di dalam dan luar negara.
ASEAN ambil langkah tubuh dana monetari, perkukuhkan kewangan serantau
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan negara anggota ASEAN sedang menghidupkan semula idea mewujudkan dana kewangan serantau sendiri bagi mengukuhkan kestabilan kewangan dan mengurangkan kebergantungan kepada mata wang asing.
ASEAN ulangi komitmen perkukuh keselamatan kesihatan global - Dzulkefly Ahmad
ASEAN ulangi komitmen perkukuh keselamatan kesihatan global - Dzulkefly Ahmad

Jejak Al-Haramain: Che Lah suka sedekah
Sarifah Hassan masih terkejut, tetapi bersyukur kerana pemergian suaminya yang sangat diimpikan oleh mana-mana orang beriman.
[TERKINI] Buka tirai hari ini, tonjol inovasi aeroangkasa dan maritim terkini
Aset-aset pertahanan pelbagai negara yang menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).

UK, Perancis, Kanada ancam sekatan terhadap Israel jika perang Gaza berterusan
Mereka menyifatkan sekatan bantuan kepada Gaza sebagai "tidak boleh diterima" dan berisiko melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Rusia dan Ukraine akan mulakan rundingan gencatan senjata serta-merta, kata Presiden Trump
Keputusan itu dicapai selepas perbualan telefon selama dua jam antara Presiden Trump dengan Presiden Putin.

LIMA’25: Komitmen Malaysia untuk kesiapsiagaan pertahanan, keamanan serantau - PM Anwar
PM Anwar sifatkan, LIMA edisi kali ini jauh lebih berjaya berbanding sebelum ini.

PM Sepanyol seru larangan penyertaan Israel dalam Eurovision, pertandingan antarabangsa
Sanchez mencadangkan standard yang sama harus diguna pakai terhadap Israel terutamanya berikutan peperangan yang sedang berlangsung di Gaza.

Seorang lagi ahli politik Equador maut ditembak menjelang pilihan raya
Kurang seminggu sejak calon presiden Ecuador, Fernando Villavicencio ditembak mati ketika berkempen di Quito, seorang lagi ahli politik menerima nasib yang sama di barat laut negara itu.

Tiga lagi suspek SPRM di Sabah bebas tahanan reman
Tiga lagi suspek yang ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan berhubung projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion dibebaskan pagi tadi dengan