awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berangkat ke Rusia untuk lawatan khas
[KOLUMNIS] Sudan: Setiap misi kemanusiaan cabaran tidak sama
Lonjakan pelancong Muslim dorong Jepun tambah kemudahan ruang solat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki didakwa curi kenderaan pacuan empat roda

Bernama
Bernama
09/04/2024
08:30 MYT
Tiga lelaki didakwa curi kenderaan pacuan empat roda
Mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Jun ini untuk sebutan semula kes. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda bernilai lebih RM200,000, bulan lepas.
Pembantu restoran William Ng, 43, penterjemah Loh Teng Boon, 49, dan pekerja am Kamaluddin Ismail, 35, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret M.S Arunjothy.
Mereka didakwa bersama-sama mencuri sebuah kereta jenis Toyota Fortuner milik Muhammad Mukhriz Ahmad Rizan, 31, bernilai RM226,000 di sebuah kawasan perumahan di Bukit Segambut di sini antara 5.45 pagi hingga 6 pagi, 13 Mac lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Jun ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Mike Lim Zi Xuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda
#tiga lelaki didakwa
#Bukit Segambut
#Mahkamah Majistret Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan