awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki ditahan curi kabel di Gerik

Bernama
Bernama
05/01/2025
15:48 MYT
Tiga lelaki ditahan curi kabel di Gerik
Zulkifli Mahmood berkata ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 31 hingga 36 tahun itu ditahan pada 4.30 petang di kawasan pentadbiran Balai Polis Bersia. - Gambar hiasan/Unsplash
IPOH: Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) bernilai RM3,000 di Jalan Kuala Rui, Gerik, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 31 hingga 36 tahun itu ditahan pada 4.30 petang di kawasan pentadbiran Balai Polis Bersia.
"Ketiga-tiga suspek menaiki van jenis Nissan Vanette warna putih. Pemeriksaan di dalam van tersebut menemukan beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk memotong kabel.
"Pemeriksaan lanjut turut merampas tiga gulung kabel, spanar, tangga aluminium, topi keselamatan, jaket pantulan cahaya serta van bersama anak kunci," katanya dalam satu kenyataan.
Zulkifli berkata modus operandi ketiga-tiga suspek menggunakan pakaian dan peralatan milik syarikat kontraktor berdaftar selain menjalankan kerja-kerja pemasangan serta pembaikan kabel dengan TM.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
"Polis turut menjalankan siasatan lanjut berhubung penangkapan ketiga-tiga suspek tersebut sama ada wujud penglibatan mereka dalam kes lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Telekom Malaysia
#topi keselamatan
#syrikat kontraktor
#anak kunci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan