awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
Menteri Luar Norway sokong kedaulatan Denmark susulan Trump kembali berminat terhadap Greenland
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki ditahan curi kabel di Pandan Indah

Bernama
Bernama
24/09/2022
07:20 MYT
Tiga lelaki ditahan curi kabel di Pandan Indah
ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki pertama ditahan di Batu 6 Jalan Gombak, kira-kira jam 10.30 pagi semalam manakala dua lagi rakannya ditahan di Jalan Air Jerneh Setapak pada hari sama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki tempatan disyaki mencuri kabel tembaga bernilai RM20,000 di sebuah pusat komersial di Pandan Indah, Ampang minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki pertama ditahan di Batu 6 Jalan Gombak, kira-kira jam 10.30 pagi semalam manakala dua lagi rakannya ditahan di Jalan Air Jerneh Setapak pada hari sama.
"Semakan mendapati suspek pertama memiliki tujuh rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah selain positif dadah jenis syabu, manakala dua lagi tiada rekod jenayah dan negatif dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Farouk berkata pihaknya turut merampas pakaian dan sebuah lori yang diguna semasa kejadian dipercayai dilakukan 16 Sept lepas, selain turut menemui satu salinan resit bayaran penjualan kabel.
Menurutnya modus operandi individu berkenaan adalah dengan menyasarkan gelung kabel yang diletakkan di tangga rumah kedai.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan kesemua lelaki berusia berusia di antara 24 tahun hingga 34 tahun itu direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#Pandan Indah
#polis
#Mohamad Farouk Eshak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan