awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki ditahan disyaki samun, cederakan guru wanita

Bernama
Bernama
08/03/2023
08:08 MYT
Tiga lelaki ditahan disyaki samun, cederakan guru wanita
Polis menahan tiga lelaki Ahad lepas disyaki menyamun dan mencederakan seorang guru wanita di sebuah rumah di Taman Pelangi, Sentul, di sini, 25 Feb lepas. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki Ahad lepas disyaki menyamun dan mencederakan seorang guru wanita di sebuah rumah di Taman Pelangi, Sentul, di sini, 25 Feb lepas.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 45 tahun telah ditumbuk di muka, dipukul di bahagian leher dan diikat dengan wayar oleh kesemua suspek yang menyamun rumahnya.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata suspek turut melarikan wang tunai RM6,000, satu telefon bimbit, seutas jam tangan dan kad bank milik mangsa.
"Susulan itu, polis menahan tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 26 hingga 35 tahun di Damansara dan Petaling Jaya, di sini, Ahad lepas.
"Siasatan mendapati modus operandi mereka adalah melakukan samun secara berkumpulan dengan menyasarkan rumah yang berpenghuni," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Beh, kesemua lelaki itu memiliki pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau dan mereka sedang direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dengan sengaja menyebabkan cedera.
Beliau berkata susulan penahanan mereka, polis berjaya menyelesaikan empat kes di ibu negara dan satu kes di Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petaling Jaya
#Beh Eng Lai
#guru wanita
#guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan