KUANTAN: Tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua kereta di Desa Bidara Jalan Muadzam-Gambang di sini pada Khamis pagi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, panggilan kecemasan mengenai kemalangan melibatkan kereta BMW dan Proton jenis Iswara diterima melalui Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 kira-kira pada jam 4.28 pagi.
Menurutnya, seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah ke lokasi kejadian dengan kekuatan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT).
"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak kita mendapati terdapat tiga lelaki dewasa yang menaiki kereta Proton Iswara telah tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat pelanggaran itu.
"Dua lagi lelaki yang menaiki kereta BMW pula mengalami cedera ringan dan mereka diberi rawatan awal oleh pihak hospital," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ismail menjelaskan, ketiga-tiga mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan Resque Power Unit.
"Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 27 2022

Kenderaan yang terlibat dalam nahas awal Khamis pagi. - Foto Bomba Pahang

Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
APEC 2023: Resilience, innovation & inclusivity
Impact investing in Malaysia with strategic approach
Prestasi semasa & unjuran FBM KLCI
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkongsi pandangan berkenaan prestasi semasa dan unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI.
Kertas Putih Gaji Progresif: Apa yang menarik?
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkongsi pandangan beliau berkenaan Kertas Putih Cadangan Gaji Progresif yang dibentangkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat pada Khamis.

Liverpool tunjuk taring di Liga Europa
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mengesahkan tempat teratas Kumpulan E hasil jaringan Gakpo dan gol daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah.

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Digital ID ialah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta.
![[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza [LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701384826_TBQatariRedCrescent.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza
Raja Abdullah berkata, tindakan Israel terus menahan aliran bantuan ke Gaza adalah tidak boleh diterima.

WhatsApp boleh sembunyi perbualan guna frasa rahsia khas
Melalui ciri baharu ini, pengguna boleh tetapkan sebuah frasa kod rahsia dan menyembunyikan sesuatu perbualan di sebalik frasa itu.

Banjir: Terengganu pulih, jumlah mangsa meningkat di Kelantan
Di Terengganu, PPS yang terakhir beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Kuala Terengganu ditutup pada 8 malam semalam.

Tiga maut, dua cedera dalam nahas dua kereta di Desa Bidara
Ketiga-tiga mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan Resque Power Unit.