awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut tercampak keluar dari kereta dalam kemalangan di Gopeng

Astro Awani
Astro Awani
29/07/2018
05:37 MYT
Tiga maut tercampak keluar dari kereta dalam kemalangan di Gopeng
Toyota Vios yang dinaiki oleh lima orang itu berlanggar dengan sebuah bas ekspres KBB, setelah pemandu kereta tersebut hilang kawalan. - Foto Astro AWANI
Tiga maut setelah tercampak keluar dari kereta manakala dua lagi cedera apabila kenderaan dinaiki berlanggar dengan sebuah bas ekspres dalam satu kejadian di KM308.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pagi tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng mengesahkan menerima panggiilan kecemasan pada pukul 9.40 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi.
"Sebaik tiba lokasi, didapati sebuah Toyota Vios dinaiki oleh lima orang telah berlanggar dengan sebuah bas ekspres KBB, setelah pemandu kereta tersebut hilang kawalan.
"Kemalangan menyebabkan tiga orang penumpang iaitu seorang lelaki dan dua wanita dewasa maut di tempat kejadian, manakala dua orang penumpang lagi hanya mengalami cedera ringan," katanya ketika dihubungi oleh Astro Awani.
Foto JBPM
Foto JBPM
Beliau berkata, BBP Gopeng turut dibantu oleh sepasukan anggota dari BBP Tapah.
"Bas tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar membawa seramai 16 orang tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemandu bas meneruskan perjalanan.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Ganesan A/L Sinaiah mendapati mendapati ke semua mangsa tercampak di atas jalanraya dan disahkan maut oleh pihak hospital yang berada di tempat kejadian.
"Anggota mengangkat mangsa ke dalam ambulan dan mangsa yang disahkan mati disahkan mati diserahkan kepada pihak polis.
"Pasukan bomba seterusnya membuat kerja membersihkan jalan dan memastikan tidak lagi merbahaya kepada pengguna jalanraya," tambahnya.
Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.50 pagi.
Foto JBPM
Foto JBPM
Topic Berkaitan
#bas ekspres
#bas eksres KKB
#bomba
#Gopeng
#Lebuhraya Utara-Selatan
#PLUS
#Toyota Vios
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan