KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan sejak tengah hari menyebabkan beberapa lokasi di tiga negeri dinaiki air, namun hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini.
Lokasi berkenaan ialah Kuala Kubu Bharu di Selangor; Nilai, Seremban dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan serta Baling di Kedah.
Di SELANGOR, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Norazam Khamis berkata pihaknya menerima laporan banjir kilat kira-kira 6 petang tadi membabitkan Kampung Jawa, Kampung Pasir dan Ladang Estet Kerling, Sungai Dua Kerling di Kuala Kubu Bharu.
Beliau berkata paras air di kawasan terjejas adalah kira-kira 1.8 meter dan tiada PPS dibuka setakat ini.
Di NEGERI SEMBILAN, kira-kira 10 rumah terjejas dalam kejadian banjir kilat akibat hujan lebat sejak tengah hari tadi di Kampung Sungai Mahang, Nilai.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Bakarya Mohd Salleh berkata 10 rumah dilanda banjir selepas paras air naik melebihi 1.2 meter.
Dalam pada itu, lima individu berdepan detik cemas apabila kenderaan jenis Toyota Avanza dinaiki mereka dibawa arus banjir di Kampung Dingkir Inas, Kuala Pilah kira-kira 5.30 petang tadi.
Pegawai Operasi Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah Abdul Halim Mohd Yusof berkata bomba dibantu orang awam berjaya menyelamatkan dua wanita, dua kanak-kanak dan seorang bayi yang terperangkap dalam kenderaan berkenaan.
Tinjauan Bernama di kawasan Batu 6 Jalan Jelebu, Pantai di Daerah Seremban pula mendapati terdapat beberapa kawasan dinaiki air, namun tiada PPS dibuka setakat ini.
Di KEDAH, sebuah PPS dibuka malam ini di Baling iaitu Sekolah Kebangsaan Tawar bagi menempatkan penduduk dari 22 rumah yang terjejas akibat banjir kilat selepas hujan lebat tengah hari tadi.
Ketua Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Kapt (PA) Saifuddin Abdullah berkata PPS itu dibuka pada 8.10 malam dengan mangsa melibatkan penduduk di Kampung Padang Setol, Mukim Tawar.
"Pihak kami mendapat maklumat daripada Penghulu Mukim Tawar mengenai banjir di kampung berkenaan dengan terdapat mangsa terperangkap kira-kira 8 malam tadi. Sehingga kini, jumlah mangsa dan bilangan keluarga masih dalam pengiraan," katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 16 2022

Hujan lebat berterusan sejak tengah hari menyebabkan beberapa lokasi di tiga negeri dinaiki air, namun hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Calon tertua PRU-14 meninggal dunia

Minyak Masak | Tidak sepatutnya timbul isu bekalan kurang - Zuraida
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan, tidak sepatutnya timbul isu kekurangan bekalan minyak masak subsidi ketika ini memandangkan kerajaan sudah menyalurkan jumlah bekalan yang mencukupi.

Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lama.

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan merakam video atau gambar dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Cacar monyet: Pesakit ada gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

Negara perlu pelan mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim - Greenpeace Malaysia
Banjir di beberapa negeri pada Disember 2021 antara lain meragut 55 nyawa dan mengakibatkan kerosakan harta benda bernilai RM2.6 bilion.

250 pegawai, anggota APM Melaka sedia digerakkan hadapi bencana
APM Melaka juga mengenal pasti hampir 100 kawasan yang berisiko di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Banjir kilat: Lapan kampung di daerah Sik terjejas
Sehingga kini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan kesemua mangsa yang terjejas berpindah sementara ke rumah saudara-mara dan jiran.

Banjir: Penduduk Taman Sri Muda saman pihak berkuasa
Mereka juga menuntut ganti rugi am serta ganti rugi teruk atas bayaran kos perubatan, tekanan emosi, kesakitan dan penderitaan yang dialami.

Mangsa korban banjir Bangladesh meningkat kepada 73 orang
Banjir di beberapa bahagian negara itu semakin buruk disebabkan limpahan air besar dari kawasan hulu.

Dua kawasan di Selangor dilanda banjir kilat - Bomba
Kawasan terlibat adalah Jalan Pengkalan Kampung Nelayan, Telok Gong di Pelabuhan Klang melibatkan lima mangsa dan Jalan Perepat, Telok Panglima Garang di Kuala Langat melibatkan 64 mangsa.

Beberapa kawasan di Melaka Tengah dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di Melaka Tengah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak 6.30 pagi tadi menyebabkan air dari sungai dan parit melimpah ke rumah penduduk di kawasan rendah.

69 maut, 9.5 juta terkandas dalam banjir di Bangladesh
Hujan monsun lebat membawa banjir terburuk dalam lebih satu abad di beberapa kawasan rendah Bangladesh.

Mangsa banjir di PPS Bandar Baharu meningkat
Kesemua mangsa banjir itu berada di Dewan Keda Sungai Tengas yang mula dibuka pada pukul 8 malam tadi.