awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS ekoran tekanan DXY
Manchester United cipta sejarah hitam selepas tersingkir Piala FA
Hari pertama persekolahan SJKC Ladang Regent Elmina meriah, AI jadi tarikan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pekerja kapal maut dalam kebakaran kontena kapal di PTP

Bernama
Bernama
07/11/2025
09:00 MYT
Tiga pekerja kapal maut dalam kebakaran kontena kapal di PTP
Menurut JBPM Johor, kebakaran berlaku ketika kerja pemunggahan dijalankan di bahagian bawah geladak Blok 5 kapal terbabit.
ISKANDAR PUTERI: Tiga pekerja kapal maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran sebuah kontena di atas kapal Maersk Chartered Vessel "MV Kyparissia" di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) tengah hari tadi.

Ringkasan AI
  • Kebakaran kontena di kapal Maersk Chartered Vessel "MV Kyparissia", Pelabuhan Tanjung Pelepas, menyebabkan tiga pekerja meninggal dunia dan tiga cedera.
  • Mangsa yang terlibat termasuk warga Malaysia, Filipina, dan Britain, dengan tiga yang cedera telah dihantar ke Hospital Gleneagles Iskandar Puteri.
  • Operasi pemadaman masih berlangsung di lokasi kejadian dengan keterlibatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor serta pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah hari sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri tiba di lokasi pada 12.40 tengah hari.
Menurut JBPM Johor, kebakaran berlaku ketika kerja pemunggahan dijalankan di bahagian bawah geladak Blok 5 kapal terbabit.
"Insiden berkenaan melibatkan enam mangsa lelaki terdiri daripada tiga yang maut iaitu warga Malaysia berusia 59 tahun, warga Filipina berusia lingkungan 40-an dan warga Britain berusia lingkungan 40-an.
"Tiga pekerja cedera membabitkan warga Malaysia berusia 26 tahun dan dua warga Filipina berusia lingkungan 40-an. Semua mangsa cedera telah dihantar ke Hospital Gleneagles Iskandar Puteri oleh ambulans PTP," menurut kenyataan JBPM Johor.
Menurut kenyataan itu, pemadaman awal dilakukan Bomba PTP menggunakan dua tug boat dengan sokongan operasi pemunggahan oleh Quay 118.
JBPM Johor memaklumkan Pos Kawalan Hadapan (PKH) telah dibuka di lokasi dan operasi pemadaman masih dijalankan bersama pihak PTP.
"Sembilan anggota bersama sebuah Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah kenderaan utiliti digerakkan dalam operasi tersebut dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#pekerja kapal maut
#kebakaran
#Pelabuhan Tanjung Pelepas
#terkini
#Maersk Chartered Vessel MV Kyparissia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan